Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
217) HUTAN KUALA LANGAT UTARA
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri telah selesai menggazet semula hutan Kuala Langat Utara sebagai hutan simpan?
Soalan ini dijawab bersekali dengan Soalan daripada Y.B. Puan Elizabeth (ADN Bukit Lanjan).
Dimaklumkan bahawa status terkini pewartaan semula Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) adalah Kertas MMKN telah disediakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor untuk mendapatkan pertimbangan MMKN. Penyediaan kertas MMKN ini adalah hasil daripada perbincangan bersama agensi-agensi teknikal seperti Pejabat Tanah dan Galian Selangor, Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan, UPEN, Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Langat, Majlis Perbandaran Kuala Langat, Jabatan Ukur dan Pemetaan Selangor (JUPEM) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Perbincangan ini adalah bagi memperincikan kawasan cadangan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) yang akan diwarta semula sepertimana keputusan MMKN Ke-30/2021 pada 13 September 2021 yang lalu.
Seluas ±486.07 hektar (±1,201.10 ekar) daripada kawasan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) akan diwarta semula setelah mengambil kira seluas ±42 hektar (±103.91 ekar) bagi penyelesaian isu tuntutan tanah Kampung Orang Asli Busut Baru dan jajaran laluan paip air mentah Loji Rawatan Air Sungai Rasau seluas ±8.5 hektar (±21 ekar).