Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

2) HUTAN DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan secara terperinci aktiviti pencerobohan hutan di Negeri Selangor.

    Pada tahun 2017, sejumlah 14 kes pencerobohan Hutan Simpanan Kekal telah dikesan berlaku di Negeri Selangor. Kes ini melibatkan sembilan (9) kawasan Hutan Simpanan Kekal diantaranya Hutan Simpan Hulu Gombak, HS Bukit Cherakah, HS Bukit Lagong, HS Hulu Gombak Tambahan 1, HS Rantau Panjang, HS Gading, HS Kuala Langat Selatan, HS Bukit Sg. Puteh dan HS Ayer Hitam. Hasil daripada analisa pihak jabatan, di antara punca-punca pencerobohan hutan adalah bagi tujuan pertanian, pembuangan sampah dan aktiviti rekreasi. Jumlah keluasan kawasan Hutan Simpanan Kekal yang diceroboh adalah 1.38 hektar. Maklumat terperinci adalah seperti di dalam Jadual 1 di bawah:

    Jadual 1: Maklumat terperinci mengenai aktiviti pencerobohan di Hutan Simpanan Kekal di Negeri Selangor.

    Bil. Hutan Simpan Aktiviti Kompt./ Blok Luas (ha)
    1. HS Bukit Lagong Mengusahakan tanaman halia di dalam hutan simpan. Kompt. 19 0.20
    2. HS Hulu Gombak Tambahan 1 Melakukan aktiviti hiking di dalam HSK tanpa kbenaran
    3. HS Bukit Cherakah Penolakan tanah di kawasan sempadan antara HSK dan tanah berimilik. Kompt. 14 0.03
    4. HS Rantau Panjang Pembuangan sampah di dalam HSK Kompt. 33
    5. HS Bukit Cherakah Penolakan tanah di kawasan sempadan antara HSK dan tanah berimilik. Kompt. 14 0.15
    6. HS Gading Penolakan tanah di kawasan sempadan antara HSK dan tanah berimilik. Kompt. 45 0.25
    7. HS Hulu Gombak Tambahan 1 Melakukan aktiviti hiking di dalam HSK tanpa kbenaran
    8. HS Hulu Gombak Tambahan 1 Melakukan aktiviti hiking di dalam HSK tanpa kbenaran
    9. HS Kuala Langat Selatan Membawa kenderaan bermotor di dalam HSK Kompt. 8, 54 & 55
    10. HS Ayer Hitam Melakukan pembakaran di dalam kawasan HSK 0.75
    11. HS Hulu Gombak Pembuangan sampah di dalam HSK Kompt. 29
    12. HS Hulu Gombak Pembuangan sampah di dalam HSK Kompt. 29
    13. HS Bukit Sg. Puteh Pembuangan sampah di dalam HSK
    14. HS Hulu Gombak Pembuangan sampah di dalam HSK Kompt. 29
       

    Jumlah Luas Kawasan Hutan Simpan Kekal Yang Diceroboh

     

     

    1.38

  2. Sila nyatakan apakah tindakan yang diambil bagi membendung aktiviti pencerobohan hutan?

    Tindakan yang telah diambil oleh JPNS bagi membendung aktiviti pencerobohan hutan adalah dengan kaedah pemantuan, kawalan dan penguatkuasaan hutan yang dijalankan secara berterusan sepanjang tahun. Kerajaan Negeri melalui JPNS tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu atau pihak yang didapati telah melakukan kesalahan seperti menceroboh kawasan HSK yang mana pihak berkenaan akan dihukum sewajarnya mengikut mana-mana seksyen yang berkaitan seperti yang diperuntukan di bawah Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985 dan Kaedah-Kaedah Hutan Selangor. Di antara kaedah pemantauan, kawalan dan penguatkuasaan hutan yang dijalankan adalah seperti berikut:-

     

    • Rondaan Berkala

    Jabatan Perhutanan menjalankan rondaan secara berkala di sepanjang sempadan di luar dan dalam Hutan Simpanan Kekal. Tumpuan khusus juga diberikan di kawasan-kawasan yang berhampiran dengan penempatan dan aktiviti orang awam. Sehingga September 2017, sebanyak 925 rondaan dan pemantauan penguatkuasaan telah dijalankan oleh Seksyen Penguatkuasaan Hutan, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan tiga (3) Pejabat Hutan Daerah di Negeri Selangor.

     

    • Pemantauan Udara

    JPNS juga menjalankan pemantauan udara untuk mengenalpasti kawasan-kawasan yang berkemungkinan berlaku pencerobohan hutan (hot spots).

     

    • Pemantauan melalui imej satelit

    Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia (IPPSM) dengan kerjasama Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM) telah membangunkan sistem yang dikenali sebagai ‘Forest Monitoring Using Remote Sensing’ (FMRS). Dalam sistem ini, pemantauan kawasan ‘hot-spots’ dan sebarang kes dikesan melalui perubahan imej satelit. Sistem ini berfungsi untuk memantau aktiviti hutan secara makro dan mikro secara cepat dan efisien dengan menggunakan imej satelit beresolusi tinggi dan terkini. Sistem ini membolehkan pihak jabatan memantau perubahan yang berlaku terhadap hutan simpan seperti pembukaan kawasan hutan dan sebagainya.

     

    • Program Kesedaran

    Jabatan Perhutanan juga melaksanakan sesi penerangan dengan memberi input mengenai elemen-elemen kesalahan hutan dari masa ke semasa mengikut program yang telah ditetapkan. Penglibatan secara aktif diperolehi daripada masyarakat di sekitar Hutan Simpanan Kekal. Penubuhan Persatuan Pertubuhan Sahabat Hutan Paya Gambut Selangor Utara (SHGHU) adalah merupakan salah satu manifestasi kepada kejayaan program ini. Pada tahun-tahun akan datang, JPNS juga bercadang akan menubuhkan beberapa persatuan yang berkaitan dengan bidang perhutanan.

     

    • Penghadang/ ‘boom-gate’

    Membina Penghadang/ ‘boom-gate’ di jalan-jalan masuk ke kawasan-kawasan yang sensitif dan terdedah kepada pencerobohan. Kawasan ini juga sering dibuat pemantauan dari semasa ke semasa.

     

    • Aktiviti Penguatkuasaan

    Jabatan juga mengambil tindakan penguatkuasaan dengan memusnahkan tanaman-tanaman serta menjalankan program tanaman semula dengan menanam spesies-spesies pokok hutan dengan menggunakan peruntukan tahun semasa. Bagi kawasan-kawasan yang baru dikesan, pihak JPNS akan mengeluarkan notis terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan diambil.

     

    • Alat Kawalan Jauh Drone

    Jabatan Perhutanan Negeri Selangor turut tidak ketinggalan mengaplikasikan teknologi di dalam aspek penguatkuasaan hutan dengan penggunaan alat kawalan jauh Drone untuk menjalankan pemantauan di dalam Hutan Simpanan Kekal.

     

    • Aduan Awam

    Jabatan Perhutanan Negeri Selangor kerap menerima maklumat daripada pelbagai sumber termasuklah media sosial seperti facebook, e-mel, telefon, surat dan lain-lain lagi bagi membantu pihak jabatan untuk membuat pengesanan awal aktiviti pencerobohan hutan.

     

    • Operasi Bersepadu

    Selain itu, pihak Jabatan Perhutanan Negeri Selangor juga turut bekerjasama (National Blue Ocean Strategy) dengan agensi-agensi penguatkuasaan lain seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta memperoleh maklumat dari penduduk tempatan. Tindakan tegas akan diambil sekiranya berlaku pencerobohan di dalam kawasan hutan simpanan kekal atau tanah kerajaan. Semasa operasi dijalankan, pihak JPNS juga telah dapat memberkas dan menahan pihak yang melakukan kesalahan hutan serta mengambil tindakan undang-undang di bawah Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985.

     

    • Papan Tanda HSK

    Memasang papan tanda larangan memasuki HSK di semua kawasan HSK terutamanya di kawasan-kawasan yang berisiko dan pernah diceroboh dan kawasan-kawasan yang bersempadanan dengan perumahan/ penempatan.

    • Ukur Halus Sempadan HSK

    Melaksanakan kerja-kerja penandaan sempadan HSK (ukur halus) bagi penentusahan sempadan luar HSK dengan tanah berimilik dan tanah kerajaan. Projek ini dapat membantu pihak JPNS untuk mengenalpasti secara lebih cepat dan tepat mengenai status kawasan hutan diceroboh atau aktiviti yang berhampiran dengan HSK terutama sekali di kawasan yang bersempadan dengan tanah bermilik / kerajaan dan penempatan.

  3. Sila senaraikan butiran penceroboh-penceroboh yang ditangkap dan didakwa di Mahkamah sejak 3 tahun yang lepas

    Daripada tahun 2014 hingga 2016, sejumlah 56 kes pencerobohan kawasan Hutan Simpanan Kekal berjaya dikesan berlaku di Negeri Selangor. Sejumlah 48 kes telah diselesaikan dengan cara kompaun, satu (1) kes dituduh di Mahkamah Majistret Shah Alam, empat (4) kes tiada tindakan diambil atau ‘No further action’ (NFA) dan tiga (3) kes masih dalam siasatan. Jadual II dan III adalah maklumat tambahan mengenai tarikh tangkapan dan perbicaraan, orang kena tuduh (OKT), jenis kesalahan, denda dan maklumat lengkap OKT dalam masa 3 tahun (2014 – 2016).

    Jadual II : Maklumat tambahan mengenai tarikh tangkapan, lokasi, OKT, jenis kesalahan  dan denda yang dikenakan.

    Bil Tarikh tangkapan Lokasi OKT Kesalahan Mahkamah Keputusan
    1. 18 September 2015 Kompt. 14 Hutan Simpan Bukit Cherakah 1. Jamaludin

     

    2. Ahmad Fadil

     

    3. Azhar  b. Sabidin

     

    4. Kamarul Baharin b. Kamaruddin

     

    5. Mohd Sa’at b. Wahid

    Seksyen 81 (1) (b) Enakmen

    (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985 iaitu :

    Kesalahan bagi aktiviti menebang, memotong, menggelang, menanda, memangkas atau menoreh mana-mana pokok ; atau merosakkan dengan api, atau selainnya, atau memindahkan mana-mana pokok atau kayu;

     

    1. Mahkamah : Mahkamah Majistret Shah Alam

     

    2. Tarikh :

    06 Oktober 2015

     

    1.Denda: RM21,000 dan hasil hutan dilucuthak kepada Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.

     

    2.Jentera:

    Lori   dikembalikan kepada pemilik.

     

    Jadual III : Senarai butiran penceroboh-penceroboh yang ditangkap dan didakwa di Mahkamah sejak 3 tahun yang lepas?

     

    Bil. Nama Warganegara Umur No. I/C / Passport Alamat
    1. Jamaluddin Indonesia 41 tahun B 1851109 No. 71,

    Jalan Kesuma 7/1, Bandar Tasik Kesuma, 43700 Beranang, Selangor.

    2. Ahmad Fadil Indonesia 35  tahun A 4680342 No. 3144,

    Jalan Rajawali, Kampung Bukit Kuching, 45800 Jeram,

    Selangor.

    3. Kamarul Bahrin b. Kamarudin Malaysia 39  tahun 770114-10-5197 No. 3144,

    Jalan Rajawali, Kampung Bukit Kuching, 45800 Jeram, Selangor.

    4. Mohd. Sa’at b. Wahid Malaysia 49  tahun 660714-10-6071 No. 29,

    Taman Meru Jaya,

    Batu 53/4 Jalan Meru, 41050 Klang, Selangor.

    5. Azhar b. Sabidin Malaysia 46  tahun 690409-10-6101 No. 24,

    Jalan Berkat, Kampung Bukit Cherakah Jaya, MK Bukit Rajah Daerah     Petaling, 41050 Klang, Selangor.

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.