Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
246) HUFFAZ AL-QURAN SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah serta kategori atau kelas (jika ada) di kalangan para huffaz AlQuran di Selangor?
Kerajaan Negeri melalui JAIS telah mengadakan program Isbath Hafazan bagi memberi galakan untuk memelihara hafazan Al Quran di kalangan umat Islam. Sebanyak 3 kategori yang ditawarkan iaitu kategori 1 hingga 10 juzuk, 1 hingga 20 juzuk dan 1 hingga 30 juzuk. Pemilihan peserta dilaksanakan melalui proses temuduga. Sehingga tahun 2015, seramai 289 orang peserta telah berjaya ditemuduga.
-
Nyatakan lima bidang kerjaya paling utama yang diceburi oleh huffaz Al-Quran di seluruh Selangor.
Pemegang Isbath Hafazan bertugas di pelbagai bidang seperti guru agama, pegawai kerajaan, pekerja swasta, bekerja sendiri dan menuntut di sekolah-sekolah tahfiz.
-
Apakah bantuan atau insentif-insentif yang telah disalurkan oleh Kerajaan Negeri kepada mereka?
Insentif yang diberikan kepada huffaz Al-Quran dalam bentuk bayaran saguhati adalah seperti berikut:
- Bagi peserta yang melebihi 18 tahun akan menerima insentif seperti berikut:
1 hingga 10 juzuk : RM1,200 (6 bulan)
1 hingga 20 juzuk : RM1,800 (6 bulan)
1 hingga 30 juzuk : RM3,000 (6 bulan)
- Bagi peserta di bawah 18 tahun akan menerima insentif seperti berikut:
1 hingga 30 juzuk : RM3,000 (1 tahun)