Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
120) HUBUNGAN KERAJAAN NEGERI DAN BADAN BUKAN KERAJAAN
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kerajaan Negeri telah bertindak baik mengadakan hubungan dengan beberapa Badan Bukan Kerajaan ( NGO) membentuk jawatankuasa konsultasi yang dapat menasihati Kerajaan Negeri dalam pembentukan pelbagai polisi dan enakmen Negeri. Sehingga kini berapa Badan Bukan Kerajaan ( NGO) yang terlibat mengadakan konsultasi dengan pihak Kerajaan Negeri dan berapa jawatankuasa bertindak yang telah dibentuk bersama mereka?
Dari semakan rekod Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), pihak-pihak
berkenaan telah dijemput ke sesi taklimat MTES:-
i) The Kuala Lumpur & Selangor Furniture Entrepreneur Association
(KLSFEA) – Persatuan Pengusaha Perabot Kuala Lumpur & Selangor
pada 22 Oktober 2009.
– Cadangan pembangunan Selangor International Funiture City
ii) NASMEC (National SME Council) – Majlis Perusahaan Kecil dan Sederhana
Kebangsaan
Sesi penerangan berkenaan Plants For 2010 Nestle-Nasmec-HDS’s Product
and services pada 14 Januari 2010 dan Kerajaan Negeri bersetuju supaya:-
(a) NASMEC mengadakan seminar dan perjumpaan dengan usahawan
kecil dan sederhana (menggunakan SACC Convec);
(b) Perjumpaan dengan pengusaha-pengusaha yang mempromosikan
produk low emission; dan
(c) Ahli EXCO dan NASMEC mengatur perbincangan dengan pengusahapengusaha perabot di Sungai Buloh bagi penempatan baru, meneliti
industri kasut di Seri Kembangan dan kawasan perindustrian Telok
Gong.
iii) Persatuan Penjaja-penjaja Melayu Pasar Besar Klang
– Menangani aduan berhubung peniaga-peniaga bangunan PKNS yang
memulakan perniagaan seawal jam 2.00 pagi pada 25 Mac 2010 dan
pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK) diminta mengambil tindakan
sewajarnya bersesuaian dengan situasi semasa di tapak.Walau bagaimanapun, tiada jawatankuasa bertindak yang telah dibentuk bersama
mereka. Namun terdapat beberapa agensi kerajaan yang telah diminta untuk
mengadakan perbincangan dan perundingan dengan pihak NGO ini seperti PTG
Selangor, Majlis Perbandaran Klang (MPK), SSIC Berhad dan Ahli EXCO Kerajaan
Negeri yang berkaitan. -
Sejak tahun 2008, setakat manakah pandangan dan cadangan pihak Badan bukan Kerajaan ( NGO) diambil kira dalam perancangan program dan polisi Kerajaan Negeri dan adakah jawatankuasa bertindak bersama Badan Bukan Kerajaan ini efektif ?
Sejak tahun 2008, beberapa cadangan dan pandangan serta aduan daripada pihak
NGO akan didengari di mesyuarat EXCO-MTES sekiranya diarahkan oleh YAB.
Dato’ Menteri Besar Selangor dan bersesuaian untuk diberi pertimbangan dalam
agenda Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor. Kerajaan Negeri sentiasa memberi
sokongan dan kerjasama sekiranya cadangan daripada pihak NGO ini adalah bernas
dan konsepnya boleh diterima pakai.
Setakat ini, terdapat beberapa siri dialog dengan KLSFEA telah diadakan bagi
membincangkan penempatan baru bagi industri perabot di Selangor.