Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
86) HUB PENDIDIKAN
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Merujuk Strategi Pertama - Memacu Pembangunan Negeri Selangor - Gugusan Pendidikan (Selatan), adakah telah terdapat rancangan pembangunan infrastruktur pendidikan seperti yang dirancang?
Kerajaan Negeri sedang mengenal pasti beberapa aspek dalam pembangunan yang holistik di gugusan pendidikan. Sehingga kini, satu jawatankuasa teknikal telah ditubuhkan dalam usaha mengenal pasti keutamaan dalam memastikan gugusan pendidikan mencapai matlamatnya. Antara langkah awal telah diambil ialah kajian awal mengenai keperluan di Gugusan Pendidikan untuk menyediakan satu ekosistem pendidikan yang menyeluruh dan sistematik.
-
Hub Pendidikan Teratai mencadangkan agar dibangunkan infrastruktur pendidikan seperti kolej-kolej kemahiran melalui pelaburan kerajaan atau swasta bagi memenuhi keperluan masyarakat kawasan bandar seperti Ampang Jaya.
Kerajaan Negeri menerima baik cadangan di atas dan dalam masa yang sama Kerajaan Negeri sedang dalam proses penyediaan ekosistem pendidikan yang merangkumi semua aspek dan memberi impak kepada penduduk setempat. Walau bagaimana kerjasama daripada institusi pendidikan dan kolej kemahiran yang sedia ada di gugusan tersebut akan diperkasakan dan disinergikan secara bersama dan memberi impak kepada pembangunan sumber manusia dan ekonomi di kawasan tersebut. Oleh itu, dengan penglibatan semua pihak Kerajaan Negeri berharap usaha untuk memartabatkan Gugusan Pendidikan mencapai objektifnya.