Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

30) HOTSPOT BANJIR

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Selangor mempunyai berapa hotspot banjir sehingga kini?

    Bagi tahun 2020, terdapat sebanyak 108 hotspot banjir direkodkan sehingga Jun 2020.

  2. Apakah rancangan untuk penyelesaian hotspot banjir ini?

    Antara tindakan yang diambil oleh pihak Jabatan dalam menyelesaikan isu hotspot banjir adalah seperti berikut:

    1. Menyelaras tindakan bagi penyelesaian hotspot banjir melalui penyelarasan secara bersepadu melibatkan JPS, JKR, PBT, Pejabat Tanah, Unit Bencana Selangor dan LUAS.
    2. Melaksanakan penyelenggaraan secara berkala di kawasan hotspot.
    3. Melaksanakan kajian projek tebatan banjir di kawasan-kawasan hotspot.
    4. Menyiapkan kertas kerja memohon kelulusan peruntukan melaksanakan projek-projek di kawasan hotspot banjir di dalam RMK-12.

Lampiran

Tiada Lampiran.