Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
86) HOTEL IMPIAN MORIB DAN KELAB GOLF SRI MORIB
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah status dan sejarah Hotel Impian Morib dan Kelab Golf Sri Morib di Morib kerana ianya merupakan sebuah projek usahasama yang melibatkan sebuah GLC Selangor?
Hotel Impian Morib pada sejarahnya adalah dimiliki oleh Seriemas Resort Sdn Bhd iaitu syarikat usahasama yg ditubuhkan secara usahasama diantara GLC Selangor iaitu Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan GLC Kerajaan Persekutuan iaitu Seriemas Development Sdn Bhd. (anak syarikat PNB Development Sdn. Bhd.)
Pada masa kini Hotel Impian Morib telah dijual oleh Seriemas Resort Sdn. Bhd. kepada Villea Morib Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Manakala Kelab Golf Sri Morib pada masa kini masih diuruskan oleh ahli -ahli kelab golf tersebut.