Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

186) HOTEL DI TEPI TASIK CEMPAKA DI BANDAR BARU BANGI

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. PKNS bercadang untuk membina sebuah hotel di tepi Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi. Dengan adanya beberapa hotel besar dan hotel-hotel kecil di sekitar Bandar Baru Bangi, adakah wajar PKNS melibatkan diri membina hotel di sini?

    Perbadanan telah mengambil maklum mengenai cadangan ADUN Bangi dan Persatuan
    Penduduk Bandar Baru Bangi. PKNS telahpun mempunyai perancangan untuk
    membina bangunan yang boleh digunakan oleh penduduk Bandar Baru Bangi bagi
    memenuhi keperluan aktiviti-aktiviti seperti Konvensyen, seminar dan lain-lain aktiviti
    kemasyarakatan

  2. Bagaimanakah dengan cadangan Ahli Dewan Negeri Selangor Ð Bangi dan Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi agar didirikan `Convention Centre` di tepi Tasik Cempaka itu?

    Pembinaan hotel akan dilaksanakan setelah kajian fisibiliti dan kajian pemasaran dibuat
    oleh PKNS.

  3. Tidakkah wajar `Convention Centre` merupakan bangunan utama dan hotel menjadi sebahagian bagi kemudahan `Convention Centre` dan lain-lain?

Lampiran

Tiada Lampiran.