Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
168) HOTEL BAJET
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Didapati banyak wujud hotel-hotel bajet baru seperti di Seksyen 7, Shah Alam dan di beberapa kawasan di Klang. Apakah rasional kewujudan banyak hotel-hotel bajet ini?
- Hotel-hotel bajet mempunyai permintaan yang tinggi khususnya di kawasan tumpuan pusat pengajian awam dan swasta. ini kerana hotel-hotel bajet ini menjadi tumpuan para ibu bapa yang datang bagi menghantar anak-anak mereka pada hari pendaftaran., sesi kemasukan semester baru serta hari konvokesyen. Hotel bajet bukan sahaja menampung keperluan bermusim tetapi juga menampung keperluan orang ramai yang mempunyai urusan perniagaan dan perindustrian di kawasan berhampiran. tambahan pula, hotel bajet menawarkan kemudahan dengan kadar yang lebih murah dan ekonomik di mana sesuai bagi pengunjung yang tidak merancang untuk tinggal dalam tempoh yang
-
Nyatakan bilangan premis hotel bajet dan jumlah permit yang diluluskan mengikut PBT di seluruh Selangor?
- Bilangan premis hotel bajet dan jumlah permit yang diluluskan oleh PBT di Selangor adalah :-
PIHAK BERKUASA TEMPATAN BILANGAN PREMIS HOTEL BAJET BILANGAN PERMIT YANG DILULUSKAN Majlis Bandaraya Shah Alam 19 11 Majlis Bandaraya Petaling Jaya 28 14 Majlis Perbandaran Klang 40 40 Majlis Perbandaran Ampang Jaya 12 12 Majlis Perbandaran Subang Jaya – – Majlis Perbandaran Selayang 17 17 Majlis Perbandaran Kajang 30 30 Majlis Perbandaran Sepang 5 5 Majlis Daerah Hulu Selangor Tidak memberi maklumbalas Majlis Daerah Kuala Langat 9 9 Majlis Daerah Kuala Selangor 3 3 Majlis Daerah Sabak Bernam 13 13 -
Mengapakah hotel-hotel bajet ini menawarkan kadar sewa mengikut jam serendah RM 9.90?
- Hotel bajet menawarkan kadar sewa mengikut jam bagi menampung keperluan pelanggan yang biasanya mempunyai urusan harian dan tidak berniat untuk bermalam di situ. tujuan penginapan adalah bagi merehatkan dan menyegarkan badan contohnya untuk mandi dan berehat dari perjalanan yang jauh sebelum memulakan urusan