Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

113) HOTEL BAJET

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah hotel bajet yang berlesen dan tidak berlesen dari 2016-2018 mengikut PBT.

    Jumlah hotel bajet yang berlesen adalah sebanyak 823 premis dan tidak berlesen adalah sebanyak 287 premis dari tahun 2016 sehingga 2018. Berikut adalah perincian mengikut PBT Selangor :

    Jadual 1 : Jumlah hotel bajet yang berlesen dan tidak berlesen dari 2016-2018 mengikut PBT

    Nota : Sumber data daripada PBT

    Nota : MPSJ hanya melesenkan hotel bertaraf satu (1) bintang sahaja

     

  2. Nyatakan jumlah tindakan tutup dan saman ke atas hotel bajet dari 2016-2018 mengikut PBT.

    Jumlah hotel bajet yang dikenakan tindakan tutup adalah sebanyak 44 premis manakala jumlah hotel bajet yang disaman adalah sebanyak 391 premis dari tahun 2016 sehingga 2018. Berikut adalah perincian mengikut PBT Selangor :

    Jadual 2 : Jumlah hotel bajet yang dikenakan tindakan tutup dan yang disaman dari 2016 sehingga 2018 mengikut PBT:

Lampiran

Tiada Lampiran.