Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
247) HOSPITAL TANJUNG KARANG
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Pada November dan Disember 2023, kompaun telah dikeluarkan kepada pengusaha ayam yang menyebabkan kacau ganggu lalat di Hospital Tanjung Karang, senaraikan ladang ayam dan ahli lembaga pengarahnya yang telah dikompaun tersebut.
Berikut adalah senarai tindakan penguatkuasaan yang telah dijalankan bagi ladang ternakan ayam di Tanjung Karang bagi Bulan November dan Disember 2024 :
Bil Lokasi Tindakan 1. Innobrid Sdn. Bhd. Lot 969, Mukim Ujung Permatang 45500 Tanjong Karang 1. Notis Peringatan (Kedua) untuk menghapuskan Kacauganggu 2. Pusat Pengumpulan Najis Ayam Lay Hong Lot 21317, Mukim Ujung Permatang 45500 Tanjong Karang
1. Notis Peringatan (Pertama) untuk menghapuskan Kacauganggu 3. Innobrid Sdn. Bhd. Lot 681, Mukim Ujung Permatang 45500 Tanjong Karang
1. Notis Peringatan (Kedua) untuk menghapuskan Kacauganggu 2. Kompaun Seksyen 82(5), tidak mematuhi kehendak/ arahan notis kacauganggu pertama.
4. Heap Yee Brothers, Farm C Lot 3475, Sg Yu 45500 Tanjong Karang 1. Notis Peringatan (Ketiga) untuk menghapuskan Kacauganggu. 2. Kompaun UUK 32, menyebabkan bau hiduan didalam premis sehingga menyebabkan kacauganggu , Kompaun Seksyen 82(5), tidak mematuhi kehendak/ arahan notis kacauganggu pertama.
3. Arahan menghentikan operasi disebabkan menyebabkan kacauganggu lalat kepada persekitaran.
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap 16 buah ladang ayam pedaging yang dilesenkan dalam radius lima (5) kilometer dari Hospital Tanjung Karang?
Jabatan Pelesenan Majlis Perbandaran Kuala Selangor melalui Jawatankuasa Kawalan Perniagaan dan Kesihatan hanya melesenkan sebanyak 4 buah ladang ayam dalam radius (5 kilometer) dari Hospital Tanjong Karang. Semua ladang yang dilesenkan telah mematuhi keperluan-keperluan teknikal jabatan teknikal dalaman MPKS dan juga jabatan luaran. Kita menerima ulasan-ulasan positif dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Perancangan Pembangunan dan Jabatan Kawalan Bangunan. Keberadaan ladang-ladang ayam tersebut menepati jarak yang digariskan iaitu tidak kurang daripada 500 meter dari kediaman atau lain-lain institusi di sekitarnya.
-
Berapa laporan tentang kacau ganggu lalat dari ladang-ladang tersebut yang telah diterima dan senaraikan laporan serta tindakan yang telah diambil sehingga September 2024?
Sehingga Oktober 2024, 9 aduan kacauganggu lalat diterima bagi seluruh daerah Kuala Selangor, namun bagi kawasan Tanjung Karang sebanyak 2 aduan kacauganggu lalat telah diterima melibatkan ladang ternakan seperti dibawah :
Bil Ladang ternakan Tarikh aduan Tindakan 1. Heap Yee Brothers, Contract Farming, Farm B Lot 3527,3528, Sg Yu
45500 Tanjong Karang
28 Jun 2024 - Notis Peringatan (Kedua) untuk menghapuskan Kacauganggu
- Kompaun UUK 32, menyebabkan bau hiduan didalam premis sehingga menyebabkan kacauganggu, Kompaun Seksyen 82(5), tidak mematuhi kehendak/ arahan notis kacauganggu pertama.
2. Heap Yee Brothers, Contract Farming, Farm B Lot 3527,3528, Sg Yu
45500 Tanjong Karang
1 Oktober 2024 - Kompaun UUK 32, menyebabkan bau hiduan didalam premis sehingga menyebabkan kacauganggu, Kompaun Seksyen 82(5), tidak mematuhi kehendak/ arahan notis kacauganggu kedua.