Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

84) HOSPITAL SHAH ALAM

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan bilakah tarikh sebenar kerja-kerja pembinaan hospital tersebut dimulakan dan tarikh dijangkakan siap sepenuhnya?

    Tarikh sebenar bagi kerja-kerja pembinaan hospital tersebut bermula dari tarikh milik
    tapak iaitu pada 8 Februari 2007 dan tarikh ia dijangka akan siap sepenuhnya adalah
    pada 25 Jun 2011.

  2. Sila nyatakan berapakah jumlah keseluruhan kos pembinaan hospital tersebut?

    Jumlah keseluruhan kos bagi pembinaan hospital tersebut adalah sebanyak RM
    491,600,000.00

  3. Apakah dengan pembinaan hospital tersebut dapat menampung permintaan seluruh warga Bandaraya Shah Alam?

    Berdasarkan analisa situasi serta unjuran keperluan perkhidmatan untuk 10 tahun dari
    RMK 8, pihak Kementerian Kesihatan berpendapat bahawa hospital ini dengan 300
    buah katil serta pelbagai disiplin rawatan sekunder, mampu menampung keperluan
    permintaan seluruh warga Bandaraya Shah Alam.
    Pembangunan ini adalah dengan mengambil kira kewujudan 3 buah hospital kerajaan
    utama yang berdekatan iaitu Pusat Perubatan Universiti Malaya, Hospital Tengku
    Ampuan Rahimah Klang serta Hospital Sungai Buloh yang menyediakan 2,387 katil
    pesakit dalam dengan pelbagai rawatan sekunder dan tertiary.
    Selain itu, pada masa ini terdapat tujuh buah hospital swasta dengan 348 buah jumlah
    katil; 161 buah klinik perubatan swasta dan 40 buah klinik pergigian swasta di
    Bandaraya Shah Alam.

Lampiran

Tiada Lampiran.