Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

136) HOSPITAL SHAH ALAM

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan bilakah tarikh sebenar kerja-kerja pembinaan hospital tersebut dimulakan dan tarikh dijangkakan siap sepenuhnya ?

    Pembinaan fizikal Hospital Shah Alam telah dimulakan pada 15 November 2007 dan
    dijangkakan siap sepenuhnya pada 25 Jun 2011.

  2. Sila nyatakan anggaran kos asal projek tersebut dan berapakah jumlah tambahan keseluruhan kos pembinaan hospital tersebut sehingga siap dibina kelak ?

    Anggaran kos asal projek berjumlah RM482,600,000.00 dan keseluruhan kos
    pembinaan sehingga siap ialah RM491,600,000.00

  3. Sila nyatakan punca utama penambahan kos pembinaan tersebut dan Apakah dengan pembinaan hospital ini dapat menampung permintaan seluruh warga Bandaraya Shah Alam ?

    Peningkatan harga barang adalah antara faktor utama kenaikan kos pembinaan. Projek
    ini dijangka akan menampung keperluan penduduk di Bandaraya Shah Alam dan
    kawasan sekitar.

Lampiran

Tiada Lampiran.