Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
13 Julai 2020 - 16 Julai 2020
275) HOSPITAL SEMENYIH
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan untuk membina Hospital baru di DUN Semenyih?
Kerajaan sentiasa cakna tentang keperluan hospital baru akibat kepadatan penduduk di Daerah Ulu Langat di mana terletaknya Semenyih dan Kajang. Buat masa ini, terdapat tiga (3) buah Hospital Kerajaan dengan pakar major yang menyediakan perkhidmatan kesihatan di daerah Hulu Langat dan sekitarnya iaitu :-
- Hospital Kajang: 326 katil (bilangan katil beroperasi)
- Hospital Serdang: 694 katil (bilangan katil beroperasi)
- Hospital Ampang: 562 katil (bilangan katil beroperasi)
Jumlah keseluruhan katil yang disediakan oleh hospital kerajaan adalah sebanyak 1582 kesemuanya.
Tidak terkecuali perkhidmatan kesihatan yang disediakan oleh pihak swasta iaitu terdapat sepuluh (10) buah Hospital Swasta di daerah ini dengan jumlah katil sebanyak 699 buah.
Dengan ini, jumlah keseluruhan bilangan katil sedia ada setakat Januari 2019 yang disediakan oleh hospital kerajaan dan juga swasta adalah sebanyak 2281 buah katil.
Oleh yang demikian,pada masa ini tiada perancangan untuk menwujudkan sebuah lagi hospital di daerah ini. Kerajaan sentiasa memberi perhatian dalam menambahbaik fasiliti klinik kerajaan dan hospital melalui projek kerja-kerja naiktaraf yang dilaksanakan secara berterusan.
-
Apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah kesesakan pesakit untuk mendapatkan rawatan di pusat kesihatan di Daerah Hulu Langat khususnya di Semenyih?
Projek pembinaan Klinik Kesihatan Semenyih telah diluluskan dalam Bajet Rancangan Malaysia Ke Sebelas (RMK-11) Rolling Plan 4 Tahun 2020 dengan peruntukan sebanyak RM 31.2 juta. Untuk makluman, kerja tanah telah dimulakan pada tahun 2020.