Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

96) HOSPITAL SELGATE RAWANG

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Status terkini Hospital Selgate Rawang termasuk kos pembinaan setelah bertukar pemaju.

    Peratusan kemajuan pembinaan Selgate Hospital Rawang

    Jumlah kemajuan yang terkini : 47.9%

    Kos pembinaan Fasa 1 (kontraktor lama) untuk 95 katil : RM83 juta.

    Kos pembinaan Fasa 1 & Fasa 2 bersekali (kontraktor baru) untuk 230 katil : RM148.5 juta.

    Kos katil (baru) : RM645,652

    Dengan peningkatan jumlah katil di dalam kos pembinaan baru, terdapat penurunan kos sekatil sebanyak 26%.

  2. Nyatakan sebab-sebab kelewatan siap bina Hospital Selgate Rawang.

    Antara sebab-sebab kelewatan siap bina Hospital Selgate Rawang adalah seperti berikut:

    1. Kontraktor lama menghadapi masalah aliran tunai dan kekurangan tenaga kerja
    2. Pandemik Covid 19 telah menyebabkan kelewatan terhadap pembinaan hospital
    3. Pematuhan tambahan regulasi di dalam projek ini mengakibatkan pertambahan jadual pembinaan kerja akibat keperluan terbaru yang dikeluarkan oleh BOMBA iaitu ‘Fire Escape Bed Lift’ bagi pematuhan UBBL 1984 (Amendment 2021) UUK Hospital. Kerja-kerja tambahan juga perlu dilakukan untuk memperbesarkan ‘Refuge Areadan penambahan lif.

Lampiran

Tiada Lampiran.