Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

65) HOSPITAL SELGATE RAWANG

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan kini pembinaan Hospital Selgate Rawang?

    Berdasarkan laporan kemajuan bulan Februari 2022, kemajuan pembinaan adalah sebanyak 45%

  2. Apakah sebab kelewatan projek pembinaan hospital?

    a) Purata pekerja harian yang sedikit akibat daripada perlaksanaan PKP dan PKP 3.0. Selain daripada itu, kekurangan pekerja asing dalam bidang pembinaan.

    b) Masalah pembekal yang menutup operasi sepanjang perlaksanaan PKP, di mana tempoh operasi yang tidak menentu menyebabkan pembinaan berjalan dengan perlahan.

    c) Akibat daripada itu juga, harga barang mentah yang naik mendadak menyebabkan kelancaran pembinaan terganggu.

  3. Apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi memastikan pembinaan hospital lengkap dalam masa terdekat?

    SELGATE Rawang Hospital adalah anak syarikat SELGATE Corporation. Selaku syarikat induk, SELGATE Corporation akan memastikan pembinaan hospital dapat disiapkan secepat mungkin.

Lampiran

Tiada Lampiran.