Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

89) HOSPITAL KUALA KUBU BAHARU

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Puan Pang Sock Tao

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan dan status pelaksanaan Kerajaan untuk menaiktaraf status Hospital Kuala Kubu Baharu kepada hospital pakar minor?

    Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) mempunyai perancangan untuk menaik taraf semua Hospital Daerah Tanpa Pakar di negeri Selangor kepada Hospital Berpakar secara berperingkat termasuklah Hospital Kuala Kubu Bharu bagi meningkatkan kapasiti katil serta akses kepada perkhidmatan kepakaran. Pelan pembangunan jangka panjang ini telah diselaraskan di dalam Pelan Induk Fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Unjuran 20 Tahun (2023 – 2045).

  2. Senarai dan nyatakan projek dan jumlah peruntukan daripada Kerajaan Negeri dan Persekutuan bagi menaiktaraf hospital dan klinik kesihatan di bawah DUN Kuala Kubu Baharu.

    Bagi tahun 2024, sejumlah RM 1,044,858.30 Peruntukan Pembangunan (P42) di bawah BP00600 Naiktaraf, Ubahsuai dan Pembaikan Fasiliti KKM telah disalurkan ke Hospital Kuala Kubu Bharu bagi pelaksanaan enam (6) projek dalam usaha untuk menaik taraf fasiliti sedia ada seperti berikut:

     

    Bil Tajuk Projek Peruntukan (RM)
    1. Kerja-kerja Pembaikan Cerun Tanah Di Kawasan Belakang Stor Farmasi Logistik Hospital Kuala Kubu Bharu Serta Kerja-kerja Lain Yang Berkaitan 239,173.70
    2. Kerja Penggantian Bumbung di Kantin, Stor Farmasi, Makmal, Parkir Kenderaan Jabatan di Hospital Kuala Kubu Bharu Serta Kerja-kerja Lain Yang Berkaitan 297,710.00
    3. Kerja-kerja Naik Taraf Sistem Pengudaraan Wad 8 serta Kerja-kerja Berkaitan di Hospital Kuala Kubu Bharu 49,970.00
    4. Kerja-kerja Naik Taraf Unit Farmasi Serta Kerja-kerja Berkaitan di Hospital Kuala Kubu Bharu 144,609.00
    5. Kerja-kerja Naik Taraf Unit Kecemasan Serta Kerja-kerja Berkaitan di Hospital Kuala Kubu Bharu 293,645.60
    6. Kerja-kerja Pembaikan Tangki Septik Kuaters G Serta Kerja-kerja Lain Berkaitan di Hospital Kuala Kubu Bharu 19,750.00
      Jumlah Peruntukan 1,044,858.30

     

    Jawapan 11.5 a, b, c disediakan oleh:

    Dr. Norazira binti Abas, Bahagian Perubatan JKNS

     

     

    Untuk makluman Tuan Yang di Pertua, fasiliti kesihatan primer yang terletak di bawah DUN Kuala Kubu Baharu terdiri daripada berikut:

     

    • Klinik Kesihatan Rasa;
    • Klinik Kesihatan Kuala Kubu Baharu,
    • Klinik Kesihatan Ibu & Anak Kuala Kubu Baharu;
    • Klinik Desa Ulu Yam Lama;
    • Klinik Desa Batang Kali;
    • Klinik Desa Kerling; dan
    • Klinik Komuniti Batang Kali.

     

    Projek-projek pembangunan / naik taraf yang telah dan sedang berjalan melibatkan sebahagian dari fasiliti tersebut adalah seperti berikut:

     

    Bil. Jenis Projek Nilai Projek
    1. Kerja-kerja naik taraf Klinik Kesihatan Rasa serta kerja-kerja lain yang berkaitan RM 785,586.00
    2. Kerja-kerja naik taraf bilik pergigian di Klinik Pergigian Rasa serta kerja-kerja lain yang berkaitan RM 49,750.00
    3. Kerja-kerja pendawaian semula elektrik dan kerja-kerja berkaitan di Klinik Pergigian Kuala Kubu Baharu RM 297,880.00
    4. Kerja-kerja naik taraf dan pembaikan Klinik Desa Ulu Yam Lama RM 198,240.00
    5. Kerja-kerja pembaikan dan naik taraf bumbung serta pendawaian elektrik di Klinik Kesihatan Ibu & Anak Kuala Kubu Baharu RM 750,000.00
  3. Adakah kerajaan ada pelan untuk membina bangunan baharu Hospital Kuala Kubu Baharu memandang ia tidak mencukupi untuk keperluan penduduk Kuala Kubu Baharu.

    Terdapat perancangan di peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) untuk pembinaan blok baharu di Hospital Kuala Kubu Bharu sekaligus menaik taraf sebagai Hospital Pakar Minor bagi menampung keperluan penduduk serta meningkatkan akses kepada perkhidmatan kepakaran. Pelan pembangunan fasiliti ini telah diselaraskan di dalam Pelan Induk Fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Unjuran 20 Tahun (2023 – 2045). Projek Pembinaan Blok Baharu Di Hospital Kuala Kubu Bharu juga telah disenarai pendek di peringkat JKNS dalam permohonan RP5 RMK12.

Lampiran

Tiada Lampiran.