Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
146) HOSPITAL KLANG / PERUBATAN (HOSPITAL TENGKU AMPUAN RAHIMAH Ð HTAR)
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah hospital-hospital, klinik-klinik dan bidan-bidan yang berdaftar di bawah Kementerian Kesihatan di dalam Negeri Selangor ini?
Jumlah fasiliti kesihatan yang berdaftar di bawah Kementerian Kesihatan di dalam Negeri Selangor adalah seperti berikut:
Jumlah hospital (kerajaan) : 10 buah hospital dan 1 buah institusi khas bagi bekas pesakit kusta Jumlah Klinik Kesihatan : 55 buah Jumlah Klinik Ibu dan Anak : 5 buah Jumlah Klinik Desa : 131 buah Bilangan bidan-bidan yang berdaftar pula adalah seramai 45 orang.
Jumlah Hospital Swasta : 80 buah
Jumlah Klinik Swasta : 2,022 buah
-
Adakah terdapat mana-mana hospital di dalam Negeri Selangor ini mempunyai kemudahan dan kepakaran seperti yang terdapat di ÒInstitut Jantung NegaraÓ bagi merawat penyakit berkenaan dengan lebih efisien dan cepat tanpa perlu merujuk kepada IJN?
Hospital Serdang merupakan hospital di dalam Negeri Selangor yang mempunyai kemudahan dan kepakaran seperti “Institut Jantung Negara” dan merupakan pusat rujukan bagi kes-kes kardiologi dan kardiotorasik bagi zon tengah.
-
Berikan senarai-senarai hospital-hospital di Negeri Selangor ini yang mempunyai kemudahan, kepakaran serta teknologi terkini bagi membantu menyembuhkan dan memantau penyakit kritikal seperti Sakit Buah Pinggang (dialisis), Kanser dan Hematologi?
Bagi merawat penyakit kritikal seperti Sakit Buah Pinggang, kesemua hospital di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor menyediakan perkhidmatan tersebut termasuklah hospital-hospital daerah dimana perawatan dijalankan secara lawatan oleh Pakar-pakar Nefrologi secara berjadual. Perkhidmatan hemodialisis juga disediakan disemua hospital kerajaan.
Bagi penyakit barah (kanser), hospital yang mempunyai kemudahan kepakaran serta teknologi terkini adalah 5 buah hospital berpakar iaitu Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Hospital Selayang, Hospital Serdang, Hospital Ampang dan Hospital Sungai Buloh. Manakala Hospital Kajang dan Hospital Banting juga ada menyediakan perkhidmatan kepakaran bagi beberapa disiplin utama. Bagi kes-kes berkaitan hematologi pula, Hospital Ampang merupakan pusat rujukan kebangsaan dan menyediakan kemudahan kepakaran dan pelbagai jenis rawatan berkaitan.