Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

245) HOSPITAL KERAJAAN DI PETALING JAYA

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk mendapatkan satu hospital awam untuk penduduk Petaling Jaya?

    Sepertimana sedia maklum, pembangunan di daerah Petaling adalah sangat pesat dan cadangan pembinaan hospital baru di Daerah Petaling Jaya seringkali dibangkitkan dalam sidang Parlimen serta DUN Negeri Selangor. Adalah dimaklumkan, buat masa ini, tiada perancangan pembinaan hospital awam yang baru di daerah tersebut.

    Walau bagaimanapun, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) sentiasa cakna dan peka terhadap keperluan rakyat serta matlamat kerajaan untuk meningkatkan taraf kesihatan nasional dengan perkhidmatan kesihatan yang terbaik dan berkualiti. Sukacita dimaklumkan Pembinaan Blok Tambahan Dan Kawasan Parkir Bertingkat Di Hospital Shah Alam yang merupakan satu-satunya hospital awam di Daerah Petaling telah diluluskan butiran projek Kerja Awalan Fasiliti Kesihatan 2025 dan 2026 di bawah permohonan projek Rolling Plan 5 (RP5) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) Tahun 2025. Blok tambahan ini akan menambaik perkhidmatan pesakit dalam dengan adanya pertambahan 400 katil daripada 490 buah katil sedia ada di Hospital Shah Alam. Perkhidmatan pesakit luar juga turut ditambah baik dengan pertambahan klinik-klinik pakar di blok baharu. Selain itu, blok tambahan tersebut turut akan dilengkapi dengan 1,500 lot parkir bertingkat sekaligus akan memberikan lebih keselesaan kepada pesakit, waris dan pelawat yang akan datang ke Hospital Shah Alam.

    JKNS juga sentiasa komited dan terbuka dalam melaksanakan kerjasama hospital awam dan swasta melalui pelaksanaan inisiatif-inisiatif seperti penyumberluaran (outsourcing) pesakit ke fasiliti swasta serta Projek Healthcare Equity for Affordable and Rapid Treatment (H.E.A.R.T) yang merupakan program Corporate Social Responsibility (CSR) bersama pihak MSUMC dapat mengurangkan masa menunggu serta kesesakan di Hospital Shah Alam.

  2. Berapakah bilangan pesakit berbanding kapasiti bagi setiap hospital awam di kawasan Lembah Kelang?

    Kadar penggunaan katil (Bed Occupancy Rate – BOR) menunjukkan sejauh mana kapasiti katil hospital digunakan dalam tempoh tertentu dan merupakan salah satu kayu pengukur yang digunakan bagi menilai status atau tahap pengoperasian sesebuah hospital dengan cara pengiraan seperti berikut:

Lampiran

Tiada Lampiran.