Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
88) HOSPITAL KAPAR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status terkini bagi Hospital Kapar?
Untuk makluman Tuan Yang di Pertua, status kemajuan fizikal sebenar projek Pembinaan Hospital Kapar sehingga 20 Disember 2024 adalah sebanyak 30.98% berbanding peratus kemajuan jadual sebanyak 30.64%. Kemajuan sebenar ditapak adalah mendahului jadual sebanyak +0.34%.
-
Berapakah jumlah kos pembinaan bagi Hospital Kapar?
Jumlah kos pembinaan bagi Hospital Kapar adalah sebanyak RM831,000,000.00.
-
Berapakah jumlah katil dan kepakaran yang akan disediakan?
Hospital Kapar akan menyediakan sebanyak 312 katil untuk pesakit dalam. Sebanyak 15 kepakaran yang disediakan iaitu:
- Perubatan Am
- Pediatrik
- Kecemasan dan Trauma
- Pembedahan Am
- Obsterik dan Ginekologi
- Ortopedik
- Psikiatri dan Kesihatan Mental
- Anestesiologi dan Rawatan Rapi
- Otorhinolaringologi
- Oftalmologi
- Pergigian: Oral & Maxillofasial (OMFS), Pergigian Kanak-kanak, Rawatan Khas Pergigian (Special Care Dentistry)
- Patologi Forensik
- Patologi
- Radiologi
- Perubatan Rehabilitasi