Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
263) HOSPITAL DI IJOK / BATANG BERJUNTAI
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Ada keperluan untuk sebuah hospital besar di kawasan Parlimen Kuala Selangor di pusatkan di kawasan Ijok / Batang Berjuntai. Hospital yang terdekat adalah di Tanjong Karang, Klang atau Sungai Buloh
Di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, Kementerian Kesihatan Malaysia telah merancang untuk mendirikan sebuah hospital di Kuala Selangor di atas tapak seluas 40 ekar di Lot 2, CT 12922, Mukim Ujong Permatang, Daerah Kuala Selangor. Walau bagaimanapun, berikutan masalah kekurangan peruntukan projek ini telah di tangguhkan. Namun begitu projek ini telah di senarai semula untuk dilaksanakan di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh.
-
Bolehkah Kerajaan Negeri bertindak dengan berkesan untuk membangunkan sebuah hospital berkenaan ?
Kerajaan Negeri Selangor boleh memohon kepada pihak Kerajaan Persekutuan sekiranya berhasrat untuk menjadikan pembinaan projek hospital ini sebagai projek keutamaan untuk di laksanakan di Negeri Selangor.