Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
16 Mac 2020 - 17 Mac 2020
99) HOSPITAL BANTING
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah banyak peruntukan yang telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan dan Kementerian Kerja Raya untuk pembinaan semula dan naiktaraf Hospital Banting?
Peruntukan yang telah diluluskan bagi tahun 2019 adalah sebanyak RM359,625.40 bagi menaiktaraf Bilik Endoscopy di Dewan Bedah dan penggantian bumbung di Jabatan Anaesthesiologi dan Unit Rawatan Rapi serta Kuarters di Hospital Banting. Manakala bagi tahun 2020 adalah sebanyak RM50,000.00 telah diluluskan merangkumi kerja pembaikan dan penggantian paip jenis ABS ke Pex Pipe bagi Sistem Reverse Osmosis Unit Hemodialisis dan kerja ubahsuai ruangan bagi Mikrobiologi, Jabatan Patologi. Hospital Banting juga sedang dalam pembinaan Dewan Bedah dan CSSD dengan kos projek berjumlah RM28juta.
-
Berapa banyak peruntukan ini telah dibayar kepada kontraktor dan apakah perkembangan terkini projek ini?
Status fizikal projek adalah seperti berikut :
Status Kemajuan Kerja : Jadual = 8% / Sebenar = 8%
Kemajuan Terkini : Kerja-kerja Piling (54%)
Belanja kumulatif (sehingga 31.1.2020) : RM 814,500.00