Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

147) HOSPITAL AWAM DI SELANGOR

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah inisiatif Kerajaan Negeri bersama SELGATE dalam membantu pesakit luar yang tinggi di Hospital Awam di Selangor?

    Kerajaan Negeri sentiasa memastikan kesejahteraan warga Selangor terus terpelihara terutama di kala pandemik Covid-19 mencatatkan kadar kes harian yang tinggi di negeri ini. Walau bagaimanapun, merujuk kepada Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, pengurusan hospital awam adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Namun, Kerajaan Negeri sentiasa bersedia mengadakan perbincangan dan libat urus bersama KKM dan agensi berkaitan dalam memastikan pengurusan hospital awam di Negeri Selangor berjalan dengan lebih lancar dan berkesan

  2. Apakakah inisiatif Kerajaan Negeri dalam membantu fasiliti Hospital Awam di Selangor dalam tempoh PKP?

    Sepanjang tempoh PKP, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) membantu meringankan beban kesesakan di hospital awam melalui pengoperasian CAC bersama PKD/JKNS seperti berikut :

    1. Kerajaan Negeri membantu menyediakan pengangkutan Bas Smart Selangor untuk membawa pesakit COVID-19 setelah melalui pemeriksaan di CAC ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu (PKRC) MAEPS, Serdang;
    2. Kerajaan Negeri juga membiayai keperluan logistik di CAC Stadium Malawati seperti sewaan penghawa dingin, genset, khemah dan pembayaran bil-bil utiliti;

    iii.        Menyelaras bantuan sukarelawan daripada IMARET dan Team Selangor untuk skop klinikal dan bukan klinikal.

Lampiran

Tiada Lampiran.