Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

144) HORAS

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh mana perlaksanaan kerja-kerja Projek HORAS (Hybrid Off River Augmentation Storage) 600 terutamanya pembinaan kolam takungan dan penapisan serta kerja-kerja berkaitan telah disiapkan?

    Kerja-kerja pengorekan di Kolam Utama telah meliputi kawasan seluas 53 hektar. Kerja-kerja pengukuhan tebing kolam akan dimulakan pada 01 November 2015. Pembinaan kolam penapis di Kg Hang Tuah dan pembinaan rumah pam masih dalam peringkat reka Kerja-kerja ini dijadualkan siap sepenuhnya pada bulan Ogos 2016.

  2. Berapakah jumlah peruntukan kerajaan negeri Selangor yang telah dibelanjakan untuk projek ini setakat ini?

    Pada ketika ini, Kerajaan Negeri belum mengeluarkan sebarang perbelanjaan bagi kerja-kerja penyediaan kolam takungan HORAS 600. Semua perbelanjaan bagi pengorekan Kolam Takungan HORAS 600 dibiayai oleh KSSB melalui penjualan

Lampiran

Tiada Lampiran.