Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
56) HORAS
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sejauh manakah kejayaan HORAS membantu masalah air di Selangor jika dibandingkan dengan kos pembinaan?
Idea HORAS tercetus semasa Negeri Selangor diuji dengan masalah kekurangan air mentah sehingga menyebabkan paras empangan Sungai Selangor merosot hingga mencapai 30%. Empangan-empangan lain mencatatkan penurunan sehingga mewujudkan suasana panik pada semua pihak. Walaupun HORAS belum siap sepenuhnya, ia telah dapat membantu menghasilkan air tambahan sehingga 190 juta liter sehari (JLH) untuk keperluan Loji SSP1, SSP2, SSP 3 dan Rantau Panjang di samping mengurangkan pelepasan air mentah dari Empangan Sungai Selangor dan Empangan Sungai Tinggi. Melalui konsep HORAS, pelepasan air dari kedua- dua empangan ini dapat
Konsep HORAS ini merupakan konsep terbaik pada ketika ini untuk menyelesaikan isu sumber air mentah. HORAS dibangunkan untuk menampung permintaan sumber air mentah bagi loji-loji rawatan air di sepanjang Sungai Selangor seperti Loji SSP1, SSP2, SSP 3 dan Rantau Panjang.
Kejayaan HORAS membantu masalah air di Selangor adalah sangat besar jika dibandingkan dengan kos pembinaannya. Kejayaan HORAS ini adalah satu kenyataan yang bukan sahaja diketahui oleh rakyat Negeri Selangor, malah konsep pelaksanaan HORAS ini telah menjadi ikutan dari negeri-negeri lain. Projek HORAS ini menjadi tapak lawatan dan sumber rujukan bukan sahaja dari wakil-wakil negeri seperti Melaka, Kelantan, Johor malah pelbagai agensi dan NGO juga datang untuk melihat sendiri bagaimana konsep yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri ini berjaya menyelesaikan masalah kekurangan sumber bekalan air terutamanya semasa musim kering
-
Setelah kerajaan bersetuju dengan projek Langat Dua, apakah HORAS masih diperlukan.
Walaupun pembangunan Loji Rawatan Air Langat 2 siap pada tahun 2019, Kerajaan Negeri Selangor masih memerlukan HORAS untuk berfungsi sebagai sumber air mentah di Negeri Selangor memandangkan bekalan air dari Loji Langat 2 telah dirangka untuk menampung permintaan di kawasan yang berbeza dari kawasan agihan dari Skim Sungai Selangor. Bekalan air dari Loji Langat juga tidak menampung permintaan yang semakin meningkat di kawasan pembangunan baru seperti Elmina dan Kwasa Land yang akan terus mendapat bekalan dari Skim Sungai Selangor.