Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

246) HOMESTAY

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah lokasi homestay yang terdapat di Selangor sehingga akhir tahun 2008?

    Terdapat 16 lokasi homestay di Selangor sehingga akhir tahun 2008. Berikut adalah lokasi – lokasi homestay di Selangor  :

     

                  LOKASI BIL HOMESTAY
    Sepang 1 Homestay Banghuris
    Gombak 2 Homestay Bougainvillaea
    Kuala Langat 3 Homestay Kampung Endah
    4 Homestay Kampung Batu Laut
    5 Homestay Kanchong Darat
    6 Homestay Kampung Kundang
    7 Homestay Kampung Sg. Lang Tengah
    Hulu Selangor 8 Homestay Sungai Tengi
    Kuala Selangor 9 Homestay Sungai Sireh
    10 Homestay Setangkas
    Sabak Bernam 11 Homestay Batu 23 Sungai Nibong
    12 Homestay Sungai Haji Dorani
    13 Homestay Sepintas
    14 Homestay Air Manis
    15 Homestay Papitusulem
    16 Homestay Seri Kayangan
  2. Berapakah jumlah pelancong yang mengunjungi homestay dalam tahun 2005-2008?

    Jumlah pelancong yang mengunjungi homestay dalam tahun 2005 – 2008 ialah :

    TAHUN JUMLAH PELANCONG
    2005 3,730
    2006 9,755
    2007 20,922
    2008 17,543
    JUMLAH  

    51,950

     

    Nota : Statistik disusun dan disediakan oleh Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Selangor dan Haji Basir bin Wagiman ( Pengerusi Homestay Selangor). Terdapat penurunan statistik pada tahun 2008 adalah kerana keadaan ekonomi dan politik yang tidak stabil

  3. Apakah rancangan Kerajaan Selangor dalam membangunkan industri homestay dan berapakah peruntukan?

    Program agro pelancongan merupakan bidang yang berpotensi untuk meningkatkan taraf hidup keluarga tani. Keindahan alam sekitar dan luar bandar serta projek pertanian dan asas tani dapat memberi pendidikan dan penghayatan hidup sebagai petani kepada pelancong terutama pelancong asing. Program ini juga dijangka dapat meningkatkan pendapatan serta kualiti hidup keluarga tani dan usahawan, mengukuhkan industri asas tani negeri, pelancongan negeri.

    Pelaksanaan Kerajaan Selangor 

    Program agro pelancongan  akan dilaksanakan di projek-projek yang berkaitan seperti homestay, pengusaha individu dan lain-lain mengikut garis panduan pelaksanaan bagi tiap-tiap komponen projek seperti berikut:-

     

    1.Projek Pembangunan Produk

    a) Pelaksanaan projek ini ialah dengan cara menyediakan infrastruktur (binaan) bagi maksud pusat pengumpulan, penggredan dan pembungkusan produk-produk pertanian mengikut keperluan setempat.

     

    2. Projek Pembangunan Ameniti

     

    a) Pelaksanaan projek bercirikan ameniti seperti pusat maklumat / jualan produk pertanian, pengindahan kawasan,tempat wakaf dan lain-lain mengikut keperluan setempat.

    1. Projek Meningkatkan Pengetahuan

    a) Pelaksanaan projek ini adalah bersifat formal iaitu dengan cara menghantar pegawai dan petani / pengusaha pertanian kepersidangan / seminar / bengkel / kursus yang berkaitan tentang pembelajaran serta pendedahan mengenai agro pelancongan.

     

    • Peruntukan bagi tahun 2009 adalah RM700,000.00 di bawah Jabatan Pertanian
    • TSSB dalam setiap siri promosi akan mempromosikan kesemua kampung-

    kampung serta kesemua program homestay yang terdapat di Selangor. Selain itu di dalam  setiap keluaran khas TSSB di dalam majalah seperti Majalah Pelancongan Libur, Majalah Gaya Travel yang edaranya ke Indonesia, Brunei, Thailand, Singapura dan Australia.

    Selain daripada itu untuk memantapkan lagi promosi homestay TSSB turut sedang menerbitkan risalah yang memaparkan kesemua homestay yang terdapat di Selangor.

    Selain daripada satu program kerjasama pertukaran maklumat dengan negara yang telah berjaya turut diadakan iaitu dengan negara Taiwan pada 16 Jun 2009. Selain daripada delegasi dari Taiwan  itu juga turut di bawa untuk melihat sendiri dan menjalani program homestay iaitu di Homestay Sungai Sireh di Tanjung Karang

Lampiran

Tiada Lampiran.