Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
226) HOMESTAY
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Kerajaan negeri dilihat memberi tumpuan pelancongan homestay di kawasan Sabak Bernam dan Kuala Selangor. Mengapakah Tourism Selangor Sdn Bhd memberi fokus kepada dua daerah tersebut?
Pada masa kini terdapat 15 buah homestay yang berlesen yang terletak di 6 buah daerah di Negeri Selangor. Kesemua homestay ini sentiasa menjadi keutamaan kepada Tourism Selangor dalam menjalankan aktiviti promosi dalam dan luar negara. Selain itu Tourism Selangor juga turut menyediakan beberapa pakej menarik khusunya untuk mempromosikan homestay Selangor ini sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 dan seterusnya 2015 bagi Tahun Melawat Selangor .
Semua homestay akan dipromosikan secara adil berdasarkan aktiviti dan lokasi sesuatu homestay. Walau bagaimanapun, kehadiran pelancongan ke sesebuah homestay adalah berdasarkan permintaan daripada pelancong itu sendiri yang berminat untuk tinggal di homestay tersebut. Sebagai contoh para pelancong daripada negara Korea, Taiwan, China dan Hong Kong mereka lebih berminat untuk tinggal di homestay di sebelah utara Negeri Selangor iaitu homestay yang terdapat di daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor kerana ini tinggal di kawasan sawah padi serta aktiviti-aktiviti yang terdapat di homestay tersebut. Berikut adalah homestay tersebut :
- Homestay Kampong Sungai Lang Tengah – Daerah Kuala Langat
- Homestay Kampung Endah – Daerah Kuala Langat
- Homestay Kampong Batu Laut – Daerah Kuala Langat
- Homestay Kanchong Darat – Daerah Kuala Langat
- Homestay Kampong Kundang – Daerah Kuala Langat
- Homestay Banghuris – Daerah Sepang
- Homestay Bougainvillea , Sungai Kertas – Daerah Gombak
- Homestay Sungai Tengi -Daerah Hulu Selangor
- Homestay Sungai Sireh -Daerah Kuala Selangor
- Homestay Batu 23 Sungai Nibong -Daerah Sabak Bernam
- Homestay Sepintas -Daerah Sabak Bernam
- Homestay Air Manis ` -Daerah Sabak Bernam
- Homestay Papitusulem -Daerah Sabak Bernam
- Homestay Seri Kayangan -Daerah Sabak Bernam
- Homestay Sungai Haji Dorani -Daerah Sabak Bernam
-
Apakah kriteria-kriteria untuk membangunkan kawasan homestay yang baik?
Pelancongan homestay dilihat mempunyai masa hadapan yang sangat cerah jika para pengusaha lebih kreatif dan inovatif untuk mengembang homestay mereka termasuk aktiviti-aktiviti yang dijalankan di kampung mereka berbeza dan mempunyai keunikan yang tersendiri dan mampu menambat hati para pengunjung. Kebanyakan pengunjung homestay sebenarnya, ingin melihat sendiri dan merasai sendiri pengalaman suasana kampung yang penuh dengan kehijauan alam, cara hidup masyarakat kampung, makanan serta aktiviti ekonomi penduduk kampung .
Walau bagaimanapun, pertumbuhan homestay dan perkembangan industri homestay ini dikawal oleh Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia yang mengeluarkan lesen dan garis panduan serta kriteria yang perlu dipatuhi oleh para pengusaha homestay tersebut. Antara kriteria tersebut ialah:
- Penyertaan terbuka kepada semua rakyat
- Harus mempunyai sekurang-kurangnya 10 buah rumah bagi setiap ‘kluster’ rumah .
- Kemudahan dari aspek perhubungan dan
- Menjamin tahap kebersihan dan keselamatan yang
- Melibatkan aktiviti masyarakat desa seperti menoreh getah, sawah padi, memancing, serta memetik koko dan
- Mempunyai permainan tradisional dan kebudayaan seperti congkak, sepak raga, caklempong dan permainan
- Lulus pemeriksaan rumah yang diselia oleh Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia melalui Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
- Menghadiri Kursus asas Homestay anjuran Institut Kemahiran Desa ( INFRA ), Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan
Namun masih lagi terdapat syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh pengusaha homestay dan maklumat tersebut boleh didapati di Pejabat Kementerian Pelancongan Negeri Selangor ataupun boleh dimuat turun di laman sesawang Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia .
-
Apakah usaha memperkenalkan homestay di tempat lain di Selangor?
Homestay atau Inap Desa merupakan salah satu program pelancongan yang semakin popular. Ia bukan sahaja terdapat di Negeri Selangor bahkan di seluruh Malaysia. Bahkan program yang hampir sama juga terdapat di luar negara seperti di Taiwan yang dikenali sebagai ‘Leisure Stay’ dan di negara barat dikenali sebagai ‘Farm Stay’. Sehubungan dengan itu, Tourism Selangor sebagai agensi promosi rasmi Kerajaan Negeri Selangor telah danakan melakukan aktiviti tersebut antaranya ialah:
- Kerajaan Negeri Selangor melalui Tourism Selangor sentiasa memainkan peranan utama dalam memastikan produk homestay atau inap desa dipromosikan secara meluas di dalam mahupun di luar
- Tourism Selangor akan menggunakan semua saluran media yang sedia ada mahupun media alternatif serta penggunaan laman web rasmi Tourism Selangor dalam memrpomosikan program homestay
- Terdapat beberapa siri lawatan media dan agensi pelancongan daripada dalam dan luar negara telah melawat dan akan di aturnya lawatannya oleh Tourism Selangor bagi memastikan semua maklumat berkaitan aktiviti homestay dapat sampai dengan tepat dan berkesan kepada golongan sasar.
- Penerbitan risalah berkaitan homestay seperti yang terdapat di dalam ‘Selangor Breakaway’ dan ‘Selangor Fun Map’.
- Tourism Selangor juga turut merancang dengan membawa beberapa acara bagi memastikan homestay sebagai lokasi utama penganjuran acara seperti Larian Bendang dan beberapa acara yang
- Tourism Selangor turut menyediakan pakej-pakej menarik dengan pelbagai aktiviti yang bersesuaian dengan lokasi sesebuah homestay turut giat dipromosikan ketika Tourism Selangor mengadakan promosi di dalam dan luar