Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
368) HIJRAH SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah suntikan modal bagi setiap entiti berasingan yang dilakukan oleh MBI dan Kerajaan Negeri untuk Hijrah Selangor bagi tahun kewangan berakhir 2022 dan 2023?
Pada tahun 2022, YHS telah memohon bantuan kewangan sebanyak RM100 juta dalam bentuk geran dan pinjaman tanpa faedah bagi menampung keperluan semasa YHS. Walau bagaimanapun, YHS tidak menerima sebarang bantuan kewangan dari mana-mana pihak untuk tahun 2022.
Daripada permohonan sebanyak RM100 juta pada tahun 2022, YHS hanya menerima RM30 juta bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman tanpa faedah dari Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2023.