Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
119) HIJRAH SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah kriteri untuk memilih seorang CEO Hijrah?
Adakah CEO Hijrah yang bertugas ini layak?Kriteria pemilihan bagi jawatan Pengarah Eksekutif Hijrah adalah berdasarkan pengalaman bekerja yang berkaitan, kepakaran dan pengetahuan dalam industri serta kebolehan menerajui organisasi seperti Hijrah.
Calon yang dipilih juga melalui tiga proses saringan oleh Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (“MBI”), Ahli Lembaga Pengarah MBI dan juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Hijrah Selangor sebagaimana yang telah ditetapkan oleh tatacara pelantikan Penjawat Utama di MBI dan syarikat milikan MBI.
Ybhg. Dato’ Sri Mohamad Suparadi bin Md Noor, selaku Pengarah Eksekutif Hijrah mempunyai pengalaman berkaitan dalam industri yang sama di mana jawatan terakhir beliau sebelum memegang jawatan sebagai Pengarah Eksekutif Hijrah adalah sebagai Pengerusi TEKUN selama dua (2) tahun. Sebelum itu, beliau telah bertugas di beberapa buah syarikat besar seperti Iris Corporation Bhd, SJ Securities Sdn Bhd, BBMB Securities Berhad dan Bank Bumiputera (M) Berhad. Beliau juga telah terpilih sebagai calon untuk bertanding di Pilihanraya Umum 2022 dan telah meletakkan jawatan sebagai Pengarah Eksekutif Hijrah berkuatkuasa pada 1 November 2022.
-
Adakah mengikut kriteria yang ditetapkan atau hanya lantikan politik?
Sebagaimana yang dinyatakan di atas, pelantikan Pengarah Eksekutif Hijrah adalah berdasarkan kepada pengalaman bekerja yang berkaitan, kepakaran dan pengetahuan dalam industri serta kebolehan menerajui organisasi seperti Hijrah.
-
Apakah pencapaian CEO Hijrah dalam membantu program usahawan Selangor berjaya?
Pengarah Eksekutif Hijrah telah berjaya melaksanakan beberapa inisiatif seperti berikut:
- Memperkenalkan pembiayaan melalui Rakan Strategik Hijrah Selangor dalam membantu mengembangkan sektor pertanian dan perniagaan sebagai mekanisme baharu untuk menjamin kualiti pinjaman dan peningkatan pendapatan dengan mengeluarkan jumlah pembiayaan baru secara konsisten.
- Mempelbagai skim pembiayaan dengan mewujudkan skim berikut:
- Skim i- Agro (Pembiayaan Pertanian, Penternakan & Akuakultur)
- Skim i- Lestari (Pembiayaan Perniagaan – Pembiayaan sehingga RM100,000)
- Skim i-Bermusim (Perniagaan Jangka Pendek – Memberi modal tambahan kepada aktviti perniagaan musim perayaan seperti Deepavali dan buah-buahan bermusim)
- Skim i-Sosial (Modal tambahan kepada usahawan atau rakyat Selangor bagi tujuan pendidikan, latihan & kursus, membaik pulih rumah serta membeli atau membaiki kenderaan)
- Pelaksanaan Projek Pembiayaan Patuh Syariah Hijrah Selangor melalui Pembiayaan Tawarruq. Pembiayaan Patuh Syariah telah bermula pada bulan Mac 2022. Selaras dengan hasrat memberi nilai tambah serta transformasi yang lebih bermakna kepada Yayasan Hijrah Selangor dalam konteks pematuhan syariah.