Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

58) HIJRAH SELANGOR

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah bayaran balik yang diterima daripada peminjam dalam tempoh pandemik ini?
    Peratusan yang terkesan dan tidak?
    Apakah bantuan kepada mereka?

    Prestasi peratus bayaran balik pinjaman sehingga 30 Jun 2021 adalah 72%.

    Antara bantuan yang telah diberikan:

    • Pemberian moratorium pada Mac hingga Jun 2020 (3 bulan).
    • Peluang penjadualan semula jadual dan tempoh bayaran balik telah dijalankan bagi meringankan beban bayaran balik peminjam.
    • Menawarkan skim pembiayaan Go Digital bagi membantu usahawan memasarkan produk di platform atas talian.
    • Kaedah permohonan pinjaman melalui Google Form bagi memudahkan pemohon atau bakal peminjam untuk mendapatkan pinjaman dalam tempoh pandemik.
    • Kursus Asas Keusahawanan juga dilaksanakan atas talian dengan kerjasama INSKEN.
  2. Apakah perancangan Kerajaan Negeri khususnya bagi menjana pendapatan tambahan kepada peminjam Hijrah?

    Antara perancangan Kerajaan Negeri khususnya bagi menjana pendapatan tambahan kepada peminjam Hijrah adalah seperti berikut:

    • Pakej Kita Selangor 1.0 – perlaksanaan Skim Go Digital dengan peruntukan sebanyak 15 juta bagi menjana pendapatan usahawan melalui jualan atas talian. Juga Skim NADI bagi mereka yang terjejas pendapatan dan ingin memulakan perniagaan sebagai sumber pendapatan baru dengan peruntukan sebanyak RM 10 juta.
    • Pakej Kita Selangor 2.0 – peruntukan pinjaman sebanyak RM 80 juta.

Lampiran

Tiada Lampiran.