Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

73) HIJRAH SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah sasaran seramai 56,000 seluruh negeri dan 1000 peserta setaip DUN peserta telah tercapai, sila berikan penyertaan setiap DUN?

    Sasaran seramai 56,000 peserta Hijrah Selangor adalah merupakan sasaran yang perlu dicapai pada Jun 2018. Sehingga kini, bilangan peserta Hijrah Selangor adalah seramai 23,463 orang, seperti berikut (pihak Hijrah Selangor sedang dalam proses mencetak CD makumat detail peserta Hijrah Selangor mengikut DUN dan akan diedarkan kepada semua DUN dengan segera):

    KOD DUN DUN BIL
    N01 SUNGAI AIR TAWAR 635
    N02 SABAK 723
    N03 SUNGAI PANJANG 1,124
    N04 SEKINCHAN 658
    N05 HULU BERNAM 264
    N06 KUALA KUBU BAHARU 168
    N07 BATANG KALI 1,068
    N08 SUNGAI BURONG 751
    N09 PERMATANG 471
    KOD DUN DUN BIL
    N10 BUKIT MELAWATI 357
    N11 IJOK 298
    N12 JERAM 620
    N13 KUANG 253
    N14 RAWANG 402
    N15 TAMAN TEMPLER 396
    N16 BATU CAVES 254
    N17 GOMBAK SETIA 230
    N18 HULU KLANG 146
    N19 BUKIT ANTARABANGSA 47
    N20 LEMBAH JAYA 447
    N21 CHEMPAKA 311
    N22 TERATAI 246
    N23 DUSUN TUA 209
    N24 SEMENYIH 335
    N25 KAJANG 404
    N26 BANGI 271
    N27 BALAKONG 226
    N28 SERI KEMBANGAN 240
    N29 SERI SERDANG 504
    N30 KINRARA 171
    N31 SUBANG JAYA 206
    N32 SERI SETIA 377
    KOD DUN DUN BIL
    N33 TAMAN MEDAN 496
    N34 BUKIT GASING 82
    N35 KAMPUNG TUNKU 55
    N36 DAMANSARA UTAMA 240
    N37 BUKIT LANJAN 214
    N38 PAYA JARAS 675
    N39 KOTA DAMANSARA 1,168
    N40 KOTA ANGGERIK 557
    N41 BATU TIGA 472
    N42 MERU 371
    N43 SEMENTA 500
    N44 SUNGAI PINANG 301
    N45 SELAT KLANG 275
    N46 PELABUHAN KLANG 423
    N47 PANDAMARAN 136
    N48 KOTA ALAM SHAH 246
    N49 SERI ANDALAS 506
    N50 SRI MUDA 690
    N51 SIJANGKANG 670
    N52 TELOK DATOK 453
    N53 MORIB 580
    N54 TANJUNG SEPAT 266
    N55 DENGKIL 847
    KOD DUN DUN BIL
    N56 SUNGAI PELEK 428
    Jumlah   23,463
  2. Jika belum, senaraikan faktor yg menyebabkan ianya masih tidak mencapai sasaran?

    Berdasarkan gerak kerja Hijrah Selangor kini, pihak Pengurusan Hijrah Selangor yakin sasaran 56,000 peserta seluruh Selangor akan dapat dicapai pada Jun 2018. Bagi mencapai sasaran 56,000 peserta ini, Hijrah Selangor memerlukan DANA MODAL PUSINGAN sebanyak RM300 juta bagi tempoh tiga tahun setengah tersebut. Walau bagaimanapun, pencapaian sasaran yang telah ditetapkan ini, akan mengalami perubahan sekiranya peruntukan dana bagi sasaran pengeluaran pembiayaan, sebagaimana yang telah dirancang dan disasarkan tidak dapat diberikan kepada Hijrah

    Berikut adalah maklumat sasaran dan keperluan modal bagi mencapai 56,000 peserta/1000 peserta pada setiap DUN mengikut tahun.

      Perkara 2015 2016 2017 Jun 2018 Jumlah
    A Sasaran Bi. Peserta 15,145 16,800 16,800 8,400 57,145
    B Capai 15,145 8,318 0 0 23,463
    C Sasaran Jum.

    Pinjaman dikeluarkan

    72,698,300.00 104,160,000.00 104,160,000.00 52,080,000.00 333,098,300.00
    D Capai 72,698,300.00 47,735,700.00 0 0 120,434,000.00
    E Kutipan Pokok Pinjaman 17,832,699.42 26,040,000.00 26,040,000.00 13,020,000.00 82,932,699.42
    F

    (C-E)

    Kurangan Dana 0.00 (78,120,000.00) (78,120,000.00) (39,060,000.00) (195,300,000.00)
    G Anggaran Dana Tambahan Tahunan   65,100,000.00 65,100,000.00 65,100,000.00 195,300,000.00

    Sehingga kini, Hijrah Selangor baru menerima dana sebanyak RM100 juta dan telah mengeluarkan pinjaman sebanyak RM120 juta ( sebanyak RM20 juta adalah pusingan daripada kutipan bayaran balik) kepada 23,463 orang peminjam. Berdasarkan perancangan yang telah dibuat dan setelah mengambilkira anggaran kutipan bayaran balik setiap tahun, Hijrah memerlukan dana tambahan sebanyak RM65juta setahun (rujuk jadual dibawah). Memandangkan tempoh bayaran baik pinjaman hijrah adalah dari 1 tahun hingga 3 tahun maka, modal pusingan dana amat diperlukan bagi memastikan pencapaian 56 ribu peserta dicapai sebagaimana yang telah dirancangkan.

  3. Apakah penyertaan ini akan ditambah?

    Pengurusan Hijrah Selangor begitu komited untuk memastikan sasaran 56,000 peserta pada Jun 2018 menjadi kenyataan. Ini bertepatan dengan Visi dan Misi Kerajaan Negeri Selangor untuk melebarluaskan lagi golongan kelas menengah dikalangan rakyat Negeri Selangor. Oleh yang demikian, sekiranya peruntukan Dana Modal Pusingan yang mencukupi (RM300juta) dapat diberikan kepada Hijrah Selangor, maka pihak Hijrah Selangor mampu menambah bilangan sasaran peserta mengikut DUN hanya dengan menggunakan semula dana pusingan tersebut.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.