Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
206) HIJRAH SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah peminjam dan pinjaman yang telah diberikan dalam program Hijrah selangor dari 2014 hingga 2016.
Hijrah Selangor telah dilancarkan pada 14 Mac 2015. Berikut adalah bilangan peserta dari tahun 2014 sehingga 2016.
BILANGAN PINJAMAN BILANGAN PESERTA JUMLAH PINJAMAN (RM)
30,993 27,221 RM162,926,000.00 -
Nyatakan jumlah pembayaran semula pinjaman dari 2014 hingga 2016
Hijrah Selangor telah dilancarkan pada 14 Mac 2015. Jumlah bayar balik sehingga 2016 adalah sebanyak RM60,783,743.85.
-
Nyatakan jumlah interest yang dikutip dari 2014 hingga 2016
Program Hijrah Selangor tidak mengenakan interest atau kadar faedah kepada peminjam sebaliknya hanya mengenakan caj khidmat kepada usahawan yang mendapat pinjaman dan khidmat nasihat daripada Hijrah Selangor. Jumlah caj khidmat yang dikutip sehingga 2016 adalah sebanyak RM9,031,605.00.