Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
160) HIJRAH
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah perkembangan membesarkan lapisan kelas menengah melalui program hijrah yg telah disebut dalam kenyataan Belanjawan 2015 Selangor, terutama wanita?
Perkembangan terkini membesarkan lapisan kelas menengah terutamanya wanita (mengikut definisi yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor, golongan ini adalah mereka yang berpendapatan RM3000 hingga RM8000 sebulan) adalah seperti berikut:
Program Hijrah Selangor telah membuka ruang yang sangat luas kepada seluruh rakyat Selangor tanpa mengira bangsa, agama dan jantina. Oleh yang demikian, golongan wanita tidak terpinggir untuk mendapat manfaat-manfaat daripada program Hijrah Selangor. Antara manfaat-manfaat yang telah dirancang adalah seperti berikut :
- Simpanan/Tabungan dalamPinjaman
- JaringanPerniagaan
- Latihan / KhidmatProfesional
- Modal TambahanSusulanbernilaitinggi
- KhairatKematian
- PenubuhanKoperasiHijrah Selangor (KHS)dan
- Bazaar Hijrah Selangor
Sehingga Julai 2015, penyertaan golongan wanita adalah tinggi berbanding lelaki iaitu seramai 5,283 orang (73%) berbanding lelaki 1,920 (27%) daripada keseluruhan peserta Hijrah Selangor iaitu 7,203.
Jantina Peserta Bilangan Peratus Lelaki 1,920 27 Perempuan 5,283 73 Jumlah 7,203 100% -
Berapakah pendapatan minima bulanan peserta yang di sasarkan setelah terlibat dalam program Hijrah ini?
Pihak Hijrah Selangor menjangkakan pendapatan minima bulanan peserta setelah menyertai Hijrah Selangor adalah sebanyak RM3,000 sebulan.
-
Nyatakan bidang-bidang penglibatan dan program yang di lalui oleh golongan wanita ini?
Buat masa kini, Hijrah Selangor sedang memfokuskan kepada pemberian pinjaman. Walau bagaimana pun, antara bidang-bidang penglibatan yang akan difokuskan adalah perniagaan makanan dan minuman, perniagaan peruncitan, perniagaan pakaian, perniagaan perkhidmatan kecantikan dan kesihatan.