Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

104) HIJRAH

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peminjam skim Hijrah yang telah diluluskan

    Sehingga Oktober 2016, permohonan dan kelulusan pinjaman skim Hijrah Selangor adalah sebanyak 28,036 dengan jumlah pinjaman RM 144,746,000.00

  2. Berapakah pertumbuhan ekonomi negeri yang telah berjaya dijana hasil dari skim pinjaman ini

    Tidak berkenaan

  3. Adakah kerajaan berhasrat menambah dana ini secara "multiplying effect"

    • Hijrah Selangor berhasrat untuk menambah kumpulan sasar baru di dalam proses pengembangan iaitu :
    • Vateren tentera
    • Wanita ladang
    • Hijrah Selangor merancang untuk melaksanakan beberapa ruang dan platform kepada usahawan dengan mendapatkan lebih banyak ruang perniagaan kepada usawahan seperti mewujudkan Bazar Hijrah (Konsep Pasar Hari), Anjung Walk (Konsep Pasar Karat), Lot MADE IN SELANGOR dan ruang niaga di Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) berkonsepkan
    • Selain dari itu sasaran perlaksanaan program tahunan seperti Karnival Usahwan Hijrah Selangor (KAWAN), Hijrah Tour (HIT) serta Konvensyen Khas Mikrokredit akan turut
    • Koperasi Warga Hijrah Selangor juga merupakan satu lagi ruang yang dapat memberi kesan berganda kepada usahawan di bawah Program Hijrah Selangor. Di antara peluang yang akan diwujudkan adalah seperti usahasama dengan beberapa syarikat vendor untuk mengadakan “Flea Market”, Kohijrah Super Saver (mini market), pengendali sistem parkir secara sms dan Tabung Kebajikan Hijrah Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.