Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

48) HENTITUGAS LRA SEMASA BANJIR

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan punca hentitugas LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dan Sg Langat semasa banjir Disember 2022.

    Punca hentitugas LRA Cheras Batu 11 dan Sungai Langat pada 18 hingga 21 Disember 2021 adalah disebabkan oleh kejadian banjir yang telah menenggelamkan stesen pam air mentah di LRA Cheras Batu 11 dan LRA Sungai Langat.

    Selain itu, muka sauk LRA Sungai Langat dipenuhi dengan sampah dan menyebabkan LRA tidak dapat beroperasi pada kapasiti penuh akibat kekangan rekaan kemasukan air mentah yang terhad.

    Manakala di LRA Langat 2, muka sauk Semantan, Pahang telah dihentitugas pada 19 Disember 2021 dari jam 7.15 pagi hingga jam 10.30 malam akibat penutupan bekalan elektrik oleh TNB disebabkan oleh banjir di kawasan Karak.

  2. Sila nyatakan cara penyelesaian untuk mengelakkan insiden ini berulang.

    Air Selangor sedang merangka pelan tindakan bagi memastikan operasi LRA dapat diteruskan sekiranya menghadapi banjir termasuklah:

     Penyediaan unit motor dan panel pemula (atau ‘starter panel’) tunggu sedia

     Mengubah kedudukan ‘starter panel’ ke tempat lebih tinggi serta mengkaji kesesuaian penggunaan pam dari jenis pemacu menegak (atau ‘vertical drive’) yang dapat mengelakkan motor dari ditenggelami air

     Untuk pelan jangka panjang, Air Selangor akan mempertimbangkan untuk melantik jurutera perunding bagi menilai semula reka bentuk muka sauk sedia ada dan keseluruhan loji-loji yang berisiko tinggi untuk keperluan penambahbaikan dalam menghadapi banjir.

     Penglibatan semua pihak berkepentingan seperti LUAS, JPS, serta pihak berkuasa tempatan adalah sangat penting bagi mencapai satu penyelesaian menyeluruh dengan mengambil kira kajian dan kerja yang telah atau sedang dilaksanakan oleh semua pihak

Lampiran

Tiada Lampiran.