Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
124) HASIL PREMIUM DARIPADA PEMBANGUNAN TANAH RRI, SUNGAI BULOH
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Hasil premium dan bayaran lain, jika ada, yang diterima Kerajaan Negeri daripada anak syarikat KWSP iaitu Kwasa Land Sdn. Bhd. yang sedang giat membangunkan 93.2 hektar (2,330 ekar) tanah Institut Penyelidikan Getah (RRI) di Sungai Buloh
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan permohonan pembangunan tanah Kwasa Land Sdn. Bhd. seluas 496.35 ekar di dalam kawasan Majlis Bandaraya Shah Alam melalui permohonan Penyerahan Balik Tanah dan Pemberimilikan Semula di bawah Seksyen 204B Kanun Tanah Negara dengan dikenakan bayaran melalui Borang 5A bertarikh 30 Disember 2015 seperti berikut:
i. Cukai Tahun Pertama : RM 2,210,194.00 ii. Premium : RM 487,639,635.00 iii. Penyediaan dan Pendaftaran Hakmilik Kekal : RM 2,300.00 iv. Penyediaan Pelan bagi Hakmilik Kekal : RM 230.00 v. Notis : RM 20.00 JUMLAH
:
RM
489,852,379.00
Bayaran-bayaran tersebut telah dijelaskan oleh Kwasa Land Sdn. Bhd. pada 30 Mac 2016. Baki keluasan tanah Kwasa Land Sdn. Bhd. sebanyak lebih kurang 1,794.86 ekar di dalam kawasan Majlis Bandaraya Petaling Jaya masih belum dibangunkan.