Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
154) HASIL POSTMORTEM PENCEMARAN BAU LRA SEMENYIH PADA 30/4/2022
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila menyatakan hasil postmortem pencemaran bau LRA Semenyih pada 30/4/2022, khasnya bagaimana pencemaran boleh memasuki loji sedangkan tidak dikesan pada monitoring station berdekatan.
Stesen Pemantauan Sungai (RMS) yang berdekatan berada 2km dari muka sauk dan ianya boleh memantau sejauh 13 parameter secara langsung (live monitoring). Bagaimanapun, beberapa limitasi/kekangan seperti bahan pencemar, struktur sungai dan aliran sungai untuk sistem pengesanan RMS.
Oleh kerana terdapatnya kekangan ini, pengesanan pencemaran bau harus dilakukan secara fizikal (manual) dengan menggunakan deria bau (hidung), sama seperti yang dilakukan oleh pihak Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS). Untuk makluman, lokasi paling hampir dengan muka sauk LRA Sungai Semenyih bagi tujuan pemantauan dan pengesanan bau (atau last line of defence) adalah di jambatan Kg. Sungai Buah yang berkedudukan 1.5km dari muka sauk yang juga di bawah pemantauan pihak LUAS.
Selain itu, pihak LUAS juga telah menjalankan siasatan pencemaran bau dan membentangkannya di Mesyuarat Jawatankuasa Kecemasan Pencemaran Sumber Air Mentah Negeri Selangor Bil. 1/2022 pada 10 Mei 2022 yang dipengerusikan oleh YB Hee Loy Sian.
Kronologi penutupan dan pengoperasian semula LRA Sungai Semenyih susulan pencemaran bau pada 30 April 2022 adalah seperti berikut:
- Pengepaman air mentah dihentikan sejurus bau abnormal dikesan di muka sauk, mengikut SOP Hentitugas Air Selangor sedia ada.
- Air Selangor telah mengambil tindakan segera dengan memaklumkan LUAS akan insiden tersebut bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut pihak LUAS. Susulan makluman yang disampaikan oleh pihak Air Selangor, LUAS telah mengesahkan bau abnormal pada sampel air mentah di jambatan Kg. Sungai Buah berkedudukan 1.5km dari muka sauk LRA.
- Pihak LUAS dan pihak berkuasa tempatan seterusnya menjalankan siasatan bagi mengesan punca pencemaran.
- LRA Sungai Semenyih memulakan pengoperasian semula setelah bacaan 0 TON direkodkan sebanyak tiga (3) kali berturut-turut mengikut SOP sedia ada.