Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
173) HASIL PASIR
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah pulangan dari segi royalti, dividen dan bayaran kepada Kerajaan Negeri, agensi- agensinya serta anak-anak syarikat kerajaan yang terkini sehingga pertengahan tahun ini hasil daripada industri perlombongan sumber-sumber semula jadi seperti pasir?
Royalti yang telah dibayar oleh Kumpulan Semesta Sdn. Bhd kepada Pentadbir Tanah Daerah sehingga 09 Jun 2009 adalah sebanyak RM2.8 juta dan keuntungan sebelum cukai yang telah disalurkan kepada Kerajaan Negeri setakat 31 Mei 2009 adalah RM6.9 juta.
-
Apakah matlamat dan sasaran kerajaan untuk mempertingkatkan pulangan ini?
Matlamat Kerajaan Negeri menubuhkan KKSB adalah sebagai “vehicle” untuk menjana ekonomi Negeri Selangor dan seterusnya merealisasikan dasar Pakatan Rakyat untuk Merakyatkan Ekonomi Selangor.