Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
196) HASIL PASIR
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bagaimanakah pengurusan hasil pasir Selangor?
Pengurusan hasil pasir di Selangor adalah berdasarkan rujukan kepada Pekeliling Pengarah Tanah & Galian Selangor Bilangan 02/2015: Garis Panduan Pengeluaran Permit Bahan Batuan Bagi Tujuan Perlombongan Pasir di Negeri Selangor.
Bagi tanah-tanah milik anak syarikat Kerajaan Negeri dan Tanah Kerajaan, permohonan pengeluaran permit bahan batuan (Borang 4C) bagi tujuan perlombongan dan pemindahan pasir hendaklah dibuat melalui KSSB manakala pemilik tanah hak milik persendirian, Pajakan Melombong & Pajakan Kuari boleh memohon terus kepada Pentadbir Tanah tanpa melalui KSSB.
Sebagai anak syarikat milik Kerajaan Negeri yang terlibat di dalam perniagaan perlombongan dan penjualan pasir, hasil pasir diuruskan oleh pihak KSSB yang mana keuntungan Syarikat secara terus disalurkan melalui pembayaran royalti kepada Kerajaan dan sebahagian keuntungan disalurkan melalui sumbangan kepada Kerajaan Negeri seperti kepada Football Association of Selangor (FAS), pembiayaan majlis korban bagi Hari Raya Aidiladha, penajaan Pendidikan Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat KUIS, majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina di peringkat negeri. Lebihan daripada keuntungan bersih dan tunai pula disalurkan oleh Syarikat di dalam bentuk dividen kepada Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) selaku pemegang saham.
-
Nyatakan jumlah bayaran royalti, keuntungan sebelum cukai dan hasil jualan pasir pada tahun 2016.
Royalti, keuntungan operasi dan hasil jualan pasir pada tahun 2016 adalah seperti berikut:
No. Perkara Setakat 30 Sep 2016 i. Royalti RM7.9 juta ii. Keuntungan Operasi RM1.4 juta iii. Hasil jualan pasir 4.3 juta tan metrik