Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
171) HASIL PASIR
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah pembaharuan dalam pengurusan hasil pasir di Selangor?
Kerajaan Negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS) telah membangunkan sebuah sistem pemantauan dan pengawalan pengeluaran bahan batuan iaitu Smart Docket System yang telah dilancarkan dan dirasmikan oleh Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor pada 19 September 2018.
PTG Selangor bersama Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) yang sedang dalam tindakan memperluaskan sistem ini kepada 30 tapak yang telah dipilih dan dikenalpasti sebagai tapak yang berpotensi tinggi dalam menyumbangkan hasil negeri daripada aktiviti-aktiviti pengeluaran bahan batuan. Tiga (3) tapak telah dijadikan projek perintis sebelum projek ini dijalankan iaitu di Daerah Hulu Langat, Kuala Selangor dan Gombak.
Sistem ini akan digunakan atau berkuatkuasa sepenuhnya pada Januari 2019. Sistem ini dapat memudahkan pemantauan dan pengawalan pengeluaran bahan batuan yang lebih efisyen dan efektif berbanding kaedah manual yang boleh dimanipulasi pada doket tersebut. Dengan adanya sistem ini, Kerajaan Negeri dapat meningkatkan hasil yang lebih optimum dengan kawalan ketirisan yang lebih berkesan. Jangkaan peningkatan hasil adalah sebanyak tiga (3) peratus hingga lima (5) peratus setiap tapak operasi. Selain itu juga, sistem ini dapat :
- Mengurangkan kos cetakan doket manual;
- Menjimatkan ruang stor dan tenaga kerja bagi pengurusan doket-doket manual;
- Mengemaskini data pengeluaran dengan cepat dan telus; dan
- Mengelakkan doket dimanipulasi (cetakan doket adalah automatik sepenuhnya).
-
Nyatakan jumlah bayaran royalti yang diterima oleh Kerajaan Negeri dan hasil jualan pasir pada tahun 2016-2018.
Jumlah bayaran royalti yang diterima Kerajaan Negeri hasil dari pengeluaran bahan batuan pasir bagi tempoh tahun 2016 – 2018 adalah seperti jadual berikut :
Melalui sumber oleh Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) hasil jualan pasir pada tahun 2016 – 2018 adalah seperti jadual di bawah: