Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

171) HASIL PASIR

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah pendapatan dari hasil pasir terjejas akibat COVID-19?

    Pendapatan hasil dari jualan pasir semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan pada tahun 2020 telah menurun sebanyak 18% iaitu RM77.12 juta berbanding RM94.37 juta pada tahun 2019. Dan setakat Jun 2021, pendapatan telah meningkat sebanyak 2% iaitu RM30.97 juta berbanding RM30.26 juta pada tahun 2020 dalam tempoh yang sama.

  2. Nyatakan jumlah bayaran royalti, keuntungan sebelum cukai dan hasil jualan pasir dari 2018-2020.

    Jumlah bayaran royalti, keuntungan sebelum cukai dan hasil jualan pasir dari 2018-2020.

     

    (RM’000)   2018 2019 2020
    Pendapatan     102,049   94,367   77,121
    Royalti kepada pejabat tanah      15,773   19,237   17,169
    Keuntungan sebelum cukai        6,021   19,533      7,827

     

Lampiran

Tiada Lampiran.