Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

182) HASIL PADI

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah hasil pengeluaran dan nilai jualan padi bagi musim ini di Selangor?

    Hasil pengeluaran pada musim 1/2010 di Selangor mengikut data ‘Crop Cultivation Survey’ Jabatan Pertanian adalah 93,388 metrik tan dengan nilai jualan berjumlah RM107.4 juta.

    Masalah dan faktor yang menyebabkan pengeluaran padi merosot musim ini (Musim 1/2010) di Sabak Bernam  adalah disebabkan masalah kelewatan bekalan air dan populasi padi angin yang sangat tinggi. Masalah padi angin dipengaruhi oleh 3 faktor iaitu bekalan benih yang dicemari oleh benih padi angin, penyediaan tanah yang tidak sempurna menyebabkan tanah sawah tidak rata dan bekalan air yang lewat, menyebabkan benih padi angin  yang terbenam dalam tanah tumbuh di luar kawalan.

    Beberapa langkah yang akan diberi perhatian pada musim akan datang untuk mengatasi masalah padi angin yang menyebabkan kemerosotan pengeluaran hasil padi:

    • Meminta ketua blok menubuhkan pasukan kerja yang akan menyediakan dan atau menyelaras perkhidmatan membajak, mengapur dan merata tanah
    • Bekerjasama dengan JPS mengatasi masalah kelewatan bekalan air
    • Bekerjasama dengan PPK mengatasi masalah kelewatan bekalan baja
    • Menggalakkan petani menanam secara transplanter
    • Membantu pesawah membeli benih padi dari sumber luar seperti Perak dan Kedah.
    • Pasukan kerja yang ditubuhkan oleh ketua blok mengambil alih urusan kerja di sawah bagi pesawah yang tidak dapat mengikut jadual aktiviti penanaman padi yang disyorkan.
  2. Apakah masalah dan faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku?

  3. Berdasarkan Pakej Rangsangan Ekonomi untuk meningkatkan hasil padi, bagaimana masalah pengeluaran ini boleh diatasi?

Lampiran

Tiada Lampiran.