Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
78) HASIL PADI
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Meminta kerajaan negeri memberi butiran terperinci tentang usaha-usaha peningkatan hasil padi yang telah dilaksanakan serta pencapaian-pencapaian yang telah dikecapi sejak ianya dilancarkan pada tahun 2009.
Sumbangan Kerajaan Negeri dalam meningkatkan hasil padi Negeri Selangor adalah melalui Program Meningkatkan Hasil Padi Negeri Selangor dimana melalui program ini
Kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM3,013,302.00 pada tahun 2009, RM4,930,000.00 pada tahun 2010 dan RM3,050,000 pada 2011 bagi projek meningkatkan hasil padi dibawah Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Selangor (20092013).
Matlamat ditetapkan ialah:
- Projek perintis akan menjadi kawasan rujukan bagi para pegawai dan petani dalam usaha mempertingkatkan pengeluaran padi dari 5.1 tan/ha/musim kepada 7.5 tan/ha/musim menjelang tahun 2013.
- Mempertingkatkan purata pendapatan pesawah kepada melebihi RM1500/bulan.
Melalui Program meningkatkan hasil padi pada musim 2/2009, daripada 2408 orang pesawah yang terlibat dengan Program Meningkatkan Hasil Padi , didapati peratusan bilangan pesawah yang pendapatan antara RM1000-1500 adalah 55% (1324 pesawah) dan pendapatan yang melebihi RM1500 adalah 16% (385 pesawah).
Manakala pada Musim 1/2010, tambahan seramai 857 orang pesawah telah meningkatkan pendapatan mereka dimana bilangan pesawah yang mendapat pendapatan antara RM1000-1500 adalah seramai 752 pesawah dan yang mendapat pendapatan melebihi RM1500 adalah seramai 105 pesawah.
-
Adakah benar bahawa kerajaan negeri tidak mendapat kerjasama yang penuh daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani?
Kenyataan ini tidak benar. Kerajaan negeri amnya atau Jabatan Pertanian Negeri Selangor khasnya mendapat kerjasama dari IADA Barat Laut Selangor, Bahagian Perlindungan Tanaman dan Kuarantin Tumbuhan, Bahagian Padi, Sg.Burong, Pertubuhan Peladang Kawasan, MARDI dan juga Agro Bank