Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012
222) HASIL NEGERI SELANGOR
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bagaimanakah prestasi hasil negeri Selangor sejak Pakatan Rakyat memerintah?
Prestasi hasil Negeri Selangor sejak Pakatan Rakyat memerintah daripada tahun 2008 sehingga 31 Oktober 2012 adalah seperti di bawah:-
2IXB 2tXB 2010 2011 31 C CF. 2012 Hasil Cukai 495,832,249.38 471,561,692.78 517,744,564.31 534,323,456.32 516,715,198.37 Hasil Bukan Cukai
676,940,720.95 471,153,395.01 674,055,368.07 791,183,353.58 941,724,145.02 Terimaan Bukan Hasil
343,568,687.24 821,154,577.30 379,703,774.44 308,502,335.21 117,429,467.94 Hasil Negeri 1,516,341,657.57 1,763,860,66E00 1,571,503,70682 1,634,000,1M11 1,575,868,811.33 -
Apakah pendekatan yang diambil bagi meningkatkan ekonomi negeri Selangor?
Kerajaan Negeri sangat optimis bahawa pertumbuhan ekonomi negeri Selangor akan datang akan meningkat dan kekal positif melalui pelbagai inisiatif yang diperkenalkan oleh Inisiatif kerajaan bagi melonjakkan lagi pertumbuhan ekonomi negeri termasuklah :-
- Menggalakkan penglibatan pihak swasta bagi memacu pertumbuhan ekonomi negeri;
- Melaksanakan amalan ketelusan (transparency) dalam semua peringkat pentadbiran;
- Merangka perbelanjaan dengan berkhemah dan tiada pembaziran;
iV.
Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian agensi dan anak syarikat Kerajaan;
- Meningkatkan jumlah pelaburan pelabur-pelabur sedia ada serta menarik pelaburan baru ke negeri
Kerajaan Negeri Selangor juga telah menetapkan pelbagai strategi, polisi serta dasar baru yang lebih baik dan mantap berbanding kerajaan terdahulu bagi melonjakkan ekonomi negeri Selangor. Antara lain adalah Program Merakyatkan Ekonomi Selangor atau MES yang bertujuan meningkatkan pembangunan ekonomi negeri Selangor. Pelaksanaan program MES ini akan melibatkan penglibatan semua pihak dengan Lima Fasa Utama pelaksanaannya. Aktiviti MES juga termasuklah pembangunan industri, sains dan teknologi, pertanian, perdagangan dan sebagainya. Bagi memperkukuhkan lagi ekonomi negeri Selangor, pelbagai teras lain dimasukkan dalam dasar pembangunan sosioekonomi negeri Selangor merangkumi pelbagai aspek antara lain Pembangunan Bandar dan Kota Yang Sesuai Didiami, Perhubungan dan Integrasi Ekonomi, Tadbir Urus Yang Berkesan, Pemikiran Sivik dan Bertimbang rasa, dan Menangani Kebarangkalian.
-
Sektor apakah yang paling banyak memberi sumbangan ekonomi kepada negeri Selangor?
c Sektor perkhidmatan merupakan penyumbang terbesar kepada KDNK negeri tahun 2012 dengan anggaran sumbangan sebanyak 58.3% dan mengalami pertumbuhan sebanyak 4.5%. Antara sub sektor utama yang menyumbang kepada pertambahan peratusan ini adalah subsektor kecil Utiliti, Pengangkutan, Penyimpanan & Komunikasi yang merupakan penyumbang terbesar dari segi nilai ditambah, dengan mengalami pertumbuhan nilai ditambah sebanyak 5.2%.
Sektor kecil Kewangan & Insurans, Hartanah dan Perkhidmatan Perniagaan merupakan penyumbang kedua terbesar sektor perkhidmatan dari segi nilai ditambah dan sektor kecil ini dianggarkan mengalami pertumbuhan 4.2% di tahun 2012. Sektor kecil Perkhidmatan lain dianggarkan mengalami pertumbuhan yang 4.3%. Sektor Perkhidmatan Kerajaan dianggarkan mengalami pertumbuhan pada kadar 5.1% dengan sumbangan sebanyak 5.2%.