Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
6) HASIL KUTIPAN PAPAN IKLAN (BILLBOARD) OLEH PBT
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila senaraikan jumlah bilangan papan iklan (billboard) yang sah di setiap PBT
Jumlah bilangan papan iklan (Billboard) yang sah di setiap PBT adalah sebanyak 1,799 unit. Perincian bilangan mengikut PBT adalah seperti berikut:
PBT BILANGAN PAPAN IKLAN (BILLBOARD) YANG SAH
MBSA 345 MBPJ 354 MPK 131 MPAJ 125 MPSJ 60 MPS 232 MPKj 283 MPSp 167 MDKL 6 MDHS 91 MDKS 2 MDSB 3 JUMLAH 1,799 Nota : Sumber maklumat daripada setiap PBT.
-
Sila senaraikan jumlah kutipan hasil yang diterima oleh setiap PBT sejak 3 tahun lalu.
Jumlah kutipan hasil yang diterima oleh setiap PBT pada tahun 2014 adalah sebanyak RM8,046,621.00, tahun 2015 sebanyak RM23,228,218.88 dan tahun 2016 sebanyak RM23,380,130.49. Perincian kutipan hasil mengikut PBT adalah seperti berikut:
PBT KUTIPAN HASIL (RM)
2014 2015 2016 MBSA 2,920,295.00 2,934,356.00 2,855,399.00 MBPJ – 8,573,130.00 10,827,231.05 MPK 200,000.00 208,000.00 136,000.00 MPAJ – 843,201.00 907,860.00 MPSJ 3,231.674.10 3,357,505.78 4,204,296.34 MPS 2,038,280.00 2,157,302.00 1,655,205.00 MPKj 2,140,000.00 2,280,000.00 2,320,00.00 MPSp 80,116.00 88,771.10 103,309.10 MDKL 20,000.00 20,000.00 35,000.00 MDHS 645,428 1,997,189 2,637,830 MDKS – 760,000.00 10,000.00 MDSB 2,502.00 8,764.00 8,000.0 JUMLAH 8,046,621.00 23,228,218.88 23,380,130.49 Nota : Sumber maklumat daripada setiap PBT.
-
Sila nyatakan apakah keberkesanan pemantauan dan penguatkuasaan yang dijalankan bagi menbendung kewujudan billboard haram ?
Pemantauan dan penguatkuasaan dijalankan dengan kerjasama daripada pihak berkuasa yang bertanggungjawab seperti Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Pejabat Tanah Daerah (PTD) dan konsesi lebuhraya yang berkaitan ke atas paparan iklan luaran tanpa kebenaran dan tidak mematuhi syarat kelulusan. Tindakan penguatkuasaan seperti operasi perobohan struktur papan iklan juga dilaksanakan sekiranya pihak pengiklan gagal membuat pembaharuan permit.