Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

101) HASIL KUTIPAN CUKAI TANAH DAN PREMIUM TANAH UNTUK TAHUN 2018 HINGGA SEKARANG

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila beri jadual prestasi kutipan cukai tanah dan premium tanah yang berjaya dikutip oleh PTGS dan kesemua PTD di Selangor sejak tahun 2018 sehingga sekarang dan bandingkan nilai ini dengan jumlah tunggakan yang direkodkan pada penghujung setiap tahun.

    Untuk makluman Yang Berhormat Banting, kutipan cukai tanah dan premium tanah yang berjaya dikutip oleh Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS) dan kesemua Pejabat Daerah dan Tanah di Selangor sejak tahun 2018 sehingga kini adalah seperti berikut:

     

    TAHUN

    KUTIPAN HASIL PREMIUM TANAH (RM)

    KUTIPAN CUKAI TANAH (RM)

    2018 627,746,723.16 500,634,840.86
    2019 1,116,451,863.32 519,450,070.71
    2020 1,154,323,172.84 489,232,763.53
    2021 1,144,099,409.59 509,994,013.67
    2022

    (30 September 2022)

    1,022,854,751.53 488,988,717.97

     

    Jadual Prestasi Kutipan Premium mengikut Pejabat Daerah dan Tanah adalah seperti di Lampiran A.

     

    Jadual Prestasi Kutipan Cukai Tanah dari tahun 2018 sehingga 30 September 2022 dan perbandingan nilai dengan jumlah tunggakan yang direkodkan adalah seperti di Lampiran B.