Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

25) HASIL KUARI

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan jumlah hasil kuari mengikut jenis kepada Kerajaan Negeri daripada tahun 2007-2011.

    Jumlah pendapatan hasil kuari mengikut jenis adalah seperti di Lampiran A

  2. Senaraikan syarikat yang mendapat lesen mengeluarkan hasil kuari, serta tempoh lesen yang diberikan mengikut daerah.

    Senarai syarikat yang mendapat lesen mengeluarkan hasil kuari, serta tempoh lesen yang diberikan mengikut daerah adalah seperti di Lampiran A

  3. Apakah langkah-langkah yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan kuari di kawasan Bandar tidak akan menimbulkan kacau ganggu dan pencemaran kepada penduduk yang mendiami sekitar kuari?

    Langkah-langkah yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan kuari di kawasan bandar tidak akan menimbulkan kacau ganggu dan  pencemaran kepada penduduk yang mendiami sekitar kuari adalah dengan mengikut peruntukan di bawah Sek 31 Selangor Quarry Rules Selain itu, peruntukan undang-undang sedia ada dari segi Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Alam Sekitar, dan sebagainya turut diguna pakai dalam usaha ini.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.