Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012
53) HASIL DARI HUTANG TALAM
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Dr. Hasan Bin Mohamed Ali
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah terkumpul dari pengiktirafan hutang TALAM yang berjaya dikutip dan telah diakaunkan di dalam Akaun MBI sehingga 31 Januari 2012?
Jumlah yang diiktirafkan di dalam Akaun MBI setakat 31hb Disember 2011 RM392 juta, seperti di dalam Surat Perjanjian Pengiktirafan Hutang TALAM pada 30hb November 2009.
-
Apakan benar dakwaan sesetengah pihak bahawa sehingga 31 Januari 2012, jumlah RM 392 juta itu belum berjaya dikutip oleh MBI? Jika benar dakwaan itu, bolehkah YAB Dato Menteri Besar menjelaskan kenapa RM 392 juta itu belum dapat dikutip sepenuhnya, apakah masalah-masalah yang berlaku di sebalik pengiktirafan hutang TALAM tersebut?
Dakwaan tidak benar, setakat Disember 2011 jumlah jualan tanah talam, di mana hasil diperolehi oleh MBI adalah sejumlah RM302,711,390. Tanah yang sedang dalam rundingan untuk jualan dengan pembeli di mana hasilnya adalah RM94.4 juta dalam proses Tandatangan Jual Beli.