Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

102) HASIL CUKAI PINTU BARU PBT

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah sasaran baru kutipan cukai pintu selepas pelarasan terkini yang dibuat?

    Sasaran baru kutipan cukai taksiran selepas penilaian semula adalah sebanyak RM1,863.34 juta pada tahun 2025 dengan tambahan RM356.43 juta bagi keseluruhan PBT Negeri Selangor. Namun perkara ini masih dalam tindakan PBT dan tertakluk kepada proses bantahan yang akan dibentangkan semula kepada Kerajaan Negeri bagi pengesahan sebelum Senarai Nilaian Baru dikuatkuasakan.

  2. Bagaimana manfaat cukai terkini akan dikembalikan kepada rakyat?

    Dijawab bersama soalan YB Batang Kali. Petikan jawapan yang berkaitan adalah seperti berikut:

    Tambahan hasil PBT daripada kenaikan cukai taksiran akan membolehkan PBT untuk meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan seperti penyelenggaraan jalan dan longkang, lampu jalan, dewan orang ramai, pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam serta landskap kepada orang ramai serta melaksanakan projek-projek pembangunan infrastruktur seperti pembinaan jalan baru, pembinaan dewan orang ramai, pasar awam dan taman rekreasi.

Lampiran

Tiada Lampiran.