Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018
210) HASIL CUKAI
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan secara terperinci jenis-jenis cukai dan jumlah kutipan 2017.
Pendapatan yang diterima oleh Kerajaan Negeri terdiri daripada 3 jenis iaitu Hasil Cukai, Hasil Bukan Cukai dan Terimaan Bukan Hasil. Jumlah kutipan hasil Negeri keseluruhan pada tahun 2017 adalah sebanyak RM2,810,103,771.65 seperti Jadual 1 di bawah :
Jadual 1
Kutipan Hasil Negeri Tahun 2017
HASIL
31 DIS 2017 (RM)
Hasil Cukai 666,380,215.94 Hasil Bukan Cukai 1,929,108,096.51 Terimaan Bukan Hasil 214,615,459.20 JUMLAH HASIL NEGERI 2,810,103,771.65 -
Nyatakan cukai yang dihapuskan dan jumlah kehilangan pendapatan kerajaan pada 2017.
Kerajaan Negeri telah mengumumkan dan melaksanakan pengecualian cukai ke atas pemilik rumah kos rendah, kampung tradisi, kampung baru dan kampung bagan bermula dari tahun 2016 berjumlah RM113,703,541.92. Insentif ini telah diteruskan bagi tahun 2017 dan tahun
Selain daripada cukai-cukai yang dinyatakan tadi, Kerajaan Negeri turut mengecualikan fi lesen penjaja, gerai dan pasar yang memberi manfaat kepada peniaga-peniaga kecil khususnya peniaga pasar malam dan pasar siang berjumlah RM19,348,956.40 juta.
Jumlah pengecualian ini pada tahun 2017 telah mengurangkan hasil Kerajaan Negeri hampir RM70 juta setahun.